Jumaat Yang Terawal
Jumaat pertama untuk tahun ke tiga bagi hari ke empat berada di pulau tahanan. Pergh....baru empat hari rupenye...rasa macam dah lama bebeno berada di sini. Mungkin kerana keberkatan masa? Untuk makluman, dua jam berada di sini terasa seolah dah setengah hari berbanding sepanjang siang berada di rumah terasa seperti baru satu jam...
Seawal jam 11.00 penulis telah bersiap untuk ke masjid. Ye lah, jarak masjid agak jauh dari Saujana Hiil Golf Resort ni...kalau nak kira menapak lah...tapi kalau menaiki tunggangan...kejap je...Lagipun mengambil iktibar pada Jumaat pertama tahun lepas. Turun pukul 12.30, tunggu punya tunggu bas tak muncul². Rupa² nya bas dah terlepas. Bas akhir jam 12.00 sebab pemandu nak solat Jumaat. Boleh terima ke alasan tu?
Sebaik tiba di cafe, menikmati brunch yang berharga kurang dari RM5.00. Berlaukkan sayur, telur dadar dan juga hati pedal masak pedas...
Seusai menikmati hidangan, bas kuning@bas geng bas sekolah sudah sedia menanti. Alhamdulillah.
Pertukaran bas di stesen transit tidak terlalu merimaskan. Kami tiba di masjid sekitar jam 12.15 tengahari. Rasanya dalam sejarah, nilah yang paling cepat kot. Moga² Allah memasukkannya dalam golongan yang bakal mendapat pahala unta atau sapi...selalunya dapat pahala telur je...
Masalah utama bila berada awal di masjid ialah mengantuk tahap gaban. Bermula azan, azan kedua, khutbah, doa, khutbah kedua dan akhirnya iqamah...penulis berada di bawah minda sedar..
Seusai solat, bergerak ke dewan kuliah untuk menghadiri kuliah politik dari seorang tokoh akademik yang dikagumi...
Subjek Pembangunan Politik Malaysia bermula jam 3 petang dan berakhir jam 5 petang. Terasa sebegitu laju pula masa dua jam. Berlalu tanpa sedar. Meskipun berlaku pertindihan kelas, penulis iltizam berada di dalam kelas ini sehingga tamat. Secara diam² penulis mengkagumi pensyarah yang berkenaan...
Hujan renyai menyambut kami berjalan pulang menuju ke perhentian menunggu bas.
Aktiviti malam, seusai maghrib, mata menjadi berat. Tidur dahulu manakala rakan sebilik meneruskan study. Alhamdulillah, sekitar jam 1130 malam, Allah bangunkan dan dapatlah bertahan hingga jam 3 pagi...Segala puji bagiNya yang telah merezkikan untuk bangun dan bertahan....Ya Allah...tambahilah nikmatMu ke atas ku...
Ulasan