Landasan keretapi dan kita
Sejak penulis bermastautin semula di bandar gotham semenanjung emas pada tahun 1987, bandar tersebut sudah sedia terpisah kepada dua bahagian yang besar oleh sebuah landasan keretapi. Hal ini adalah disebabkan wujudnya sebuah stesen keretapi yang terletak di tengah² daerah hujung semenanjung emas.
Landasan tersebut terus mengekalkan status quonya di tengah² bandar tersebut tanpa menghiraukan siapapun yang menjadi wakil rakyat atau Yang Berhormat, tanpa mengira kedai² yang disusun di beberapa meter kiri dan kanan landasannya, juga tanpa mengira sebarang rungutan dari penduduk persekitarannya.
Sekitar tahun 1990an, sebelum masuknya edisi 2yk yang hanya gimik para aristokrat dan juga proletariat, sebuah jalan dibina sebelum dari landasan melalui jalan yang agak jauh yang membolehkan para pengguna jalan raya menggunakannya untuk mengelakkan dari terperangkap dalam kesesakan apabila tren menggunakan landasan tersebut dan pagar menutup jalan menghalang pertembungan kenderaan dan tren dari berlaku.
Namun, jalan tersebut tidak digunakan sepenuhnya, lebih² lagi pabila tren melintas kerana pengguna menyatakan jalan tersebut agak jauh. Pada masa awal pembukaan jalan tersebut, polis terpaksa 'memaksa' pengguna jalan tersebut untuk melaluinya pabila tren melintas. Akibatnya, jalan tersebut menjadi sesak.
Tahun berganti tahun dan parti yang menang bertukar ganti. Namun kesesakan di kawasan tersebut tidak kunjung padam pabila tren setia melaluinya tiap hari. Kesesakan menjadi semakin parah khususnya pabila tren muncul di waktu puncak.
Ianya adalah menjadi satu misteri di mana tidak ada mana² pihak pun yang berjaya merungkainya. Mungkin penduduk sekitar sudah redha dan pasrah dengan apa yang terpaksa mereka hadapi. Oleh sebab itulah agaknya, ianya sudah tidak dimasukkan ke dalam mana-mana manifesto parti bagi mencuri hati rakyat di parlimen dan DUN berkenaan. Mungkin pada PRU ke 14 kelak, mana² parti yang berani memasukkannya ke dalam janji muluk mereka akan dipilih kelak?
Mungkin penduduk sekitar sudah bosan dengan tingkah laku pelaku politik yang hanya sibuk memburu kerusi dan kemudian membina empayar kekayaan tanpa mengiraukan nasib sebenar golongan marhaen.
Adakah dengan projek pembinaan landasan berkembar dengan merobohkan beberapa bangunan kedai yang berderet di sepanjang jalan bersebelahan landasan akan dapat melegakan masalah kesesakan kenderaan yang menghantui penduduk setempat sejak puluhan tahun?
Wallahu a'lam
Ulasan