Menjana kemenangan Islam atau menghancurkan Islam?




Bagaimana kita mampu menjana kemenangan Islam? Adakah kita yang bekerja di sektor awam, jauh dari medan politik, hanya menonton siaran tv arus perdana, membaca media berupa akhbar kertas semata², tidak ikut usrah, jarang mendengar ceramah, sekali sekala mendengar bacaan al quran, sekali sekala mendengar nasyid mampu menjana atau setidak-tidaknya membantu kemenangan Islam?

Atau adakah kemenangan Islam itu hanya boleh didokong oleh kelompok elit tertentu bertitle ulama semata²?

Jika perkara yang pertama itu jawapannya ya...bagaimana caranya?

Cara paling mudah ialah... kita tidak menghalang orang yang mahu menegakkan agama kita untuk meneruskan aktiviti dan apa jua acara berkaitan. Kita dengan kuasa yang kita ada bahkan menggalakkan segala aktiviti Islami di mana-mana sahaja yang berada dalam ruang lingkup kekuasaan kita, seperti taman perumahan kita, atau masjid kita, ataupun di bangunan tempat kita bekerja.  Maka apakala kita diberi nikmat kuasa dengan jawatan tinggi di lokasi kerja kita, makanya janganlah kita ini menjadi batu penghalang kepada segala usaha dan aktiviti berkaitan Islami.

Image result for ya hanana

Oleh sebab wujud sebenarnya golongan Islam yang cuba dengan segala upaya menolak atau menidakkan segala program Islami yang hendak dilaksanakan di lokaliti pekerjaan kita. 

Ataupun kita hanya memberikan kebenaran atau memilih hanya pemuka-pemuka tertentu sahaja yang layak untuk memberikkan ceramah misalnya, dan menghalang bahkan membenci pemuka² agama kita sendiri yang dicop berlainan kefahaman dengan kita untuk menyampaikan agama. Maka akibatnya kefahaman kita ini selaku orang awam akan menjurus kepada ketaasuban dan kegagalan kita untuk berkembang dan mewujudkan percambahan dan perkembangan ilmu yang sebenarnya.

Apabila kita menjadi manusia yang kunun berpegang kepada agama, namun begitu sombong serta angkuh menolak dan mengeji kefahaman muslim lain terhadap agamanya, walhal agamanya adalah satu, iaitu Islam, nabinya juga satu, Muhammad ﷺ, menghadap ke arah kiblat yang sama, namun kegemaran kita adalah memecah belahkan pengikut² agama ini mengikut kefahaman yang berbeza-beza.





 Kadangkala kita merasa pelik juga kerana kita boleh untuk melaksanakan dialog antara agama, sebagaimana yang pernah diusahakan oleh salah sebuah stesen televisyen yang bekerja untuk Islam di negara kita, tetapi sehingga ke hari ini dan sehingga tulisan ini ditulis, tiada sesiapapun yang mampu untuk mengusahakan agar diadakan dialog (baca DIALOG bukan DEBAT) antara mazhab di negara semenanjung emas yang berkahwin dengan borneo utara dan kalimantan utara. 

Mungkin sahaja golongan yang sudah berada di jabatan yang mentadbir agama ingin agar perkara ini dipendamkan sahaja, namun melihat kepada perkembangan dewasa ini, dirasakan keperluan untuk mewujudkan majlis² dialog antara mazhab dan kefahaman Islam di kalangan masyarakat adalah sangat diperlukan.

Oleh kerana itu kita lihat ulama-ulama berlainan fahaman saling cabar mencabar, bahkan sudah semakin berani memaki hamun tanpa segan silu dan tanpa menoleh lagi kepada perbahasan akhlak di dalam kitab² yang dikendong sekian lama.

Para pendukung fahaman berlainan dengan penuh berani menunding jari di antara mereka juga. Yang memiliki sedikit kuasa, terus-terusan menindas golongan atau kefahaman yang berlainan dengan apa yang didukung olehnya tanpa ada sekelumit rasa bersalah, atau rasa ghairah kepada ilmu.

Apa yang berlaku di Ireland Utara, pertelingkahan di kalangan mazhab katolik dan protestan yang berlaku beratus² tahun dan mengorbankan banyak jiwa akhirnya tamat dan mereka saling hormat-menghormati dan bertoleransi akhirnya, berbeda dengan apa yang sedang berlaku dalam dunia Islam. 

Maka kita janganlah hendak mengelak dengan mengatakan, itu dah petunjuk akhir zaman, sedangkan masih berpelk tubuh dan terus-terusan membungkus tubuh dalam selimut mazhab atau kefahaman yang semakin menebal tanpa mahu mendengar apalagi mengintai keluar kerana takut digelar 'sesat'.

Moga² tulisan ini dapat membantu untuk membibitkan tunas² dialog yang dimaksudkan...

Wallahu a'lam


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol