Adakah kita bekerja untuk kemenangan Islam?
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. (Az Zariyat :56)
Ayat ini begitu jelas dan terang menyentuh mengenai tujuan atau misi manusia dan jin diciptakan iaitu hanya untuk mematuhi perintah Allah. Maka apakah sepanjang kehidupan kita dalam 24 jam misalnya adakah kita berjaya mencapai KPi pematuhan dan pengabidian sebagaimana yang dituntut dalam ayat ini?
Adakah ini membawa maksud manusia hanya diperintah untuk duduk di atas sejadah atau duduk di masjid semata² tanpa melakukan pekerjaan lain?
Adakah kita keliru dengan keadaan ini?
Adakah hanya dengan memenuhi tuntutan fadhu ain harian, seperti solat sudah mencukupi?
Satu waktu solat lebih kurang 10 minit dihabiskan dengan iringan zikir. Ertinya lima waktu baru 50 minit daripada 24 jam...lantas dimana kita letakkan lagi 23 jam 10 minit itu?
Adakah dengan bekerja kita mencari nafkah kita dianggap mematuhi ayat ini?
Ulama menggariskan lima perkara asas yang membolehkan amalan atau pekerjaan yang dilakukan seharian itu diiktiraf sebagai ibadah atau pematuhan atau ketundukan kepada perintah Allah. Perkara tersebut adalah sebagaimana berikut :-
1.Niat yang betul
Ini adalah perkara pokok yang membezakan antara amalan itu dikira ibadah atau sia-sia ataupun mengundang dosa. Seseorang yang berniat untuk melakukan kebaikan sudah berpahala meski hanya baru melintaskan atau menghadirkan akan perkara itu di dalam benak fikirannya.
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَـا ، عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيْمَـا يَرْوِيْهِ عَنْ رَبِّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى ، قَالَ : «إِنَّ اللهَ كَتَبَ الْـحَسَنَاتِ وَالسَّيِّـئَاتِ ، ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ ، فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا ، كَتَبَهَا اللهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً ، وَإِنْ هَمَّ بِـهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهُ اللّـهُ عَزَّوَجَلَّ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيْرَةٍ ، وَإِنْ هَمَّ بِسَيِّـئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا ؛ كَتَبَهَا اللهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً ، وَإِنْ هَمَّ بِهَـا فَعَمِلَهَا ، كَتَبَهَا اللهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً ». رَوَاهُ الْـبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ فِـيْ صَحِيْحَيْهِمَـا بِهَذِهِ الْـحُرُوْفِ
Dari Ibnu ‘Abbâs Radhiyallahu anhu dari Nabi ﷺ tentang hadits yang beliau riwayatkan dari Rabb-nya Azza wa Jalla . Nabi ﷺ bersabda, “Sesungguhnya Allâh menulis kebaikan-kebaikan dan kesalahan-kesalahan kemudian menjelaskannya. Barangsiapa berniat melakukan kebaikan namun dia tidak (jadi) melakukannya, Allâh tetap menuliskanya sebagai satu kebaikan sempurna di sisi-Nya. Jika ia berniat berbuat kebaikan kemudian mengerjakannya, maka Allâh menulisnya di sisi-Nya sebagai sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali lipat sampai kelipatan yang banyak. Barangsiapa berniat berbuat buruk namun dia tidak jadi melakukannya, maka Allâh menulisnya di sisi-Nya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Dan barangsiapa berniat berbuat kesalahan kemudian mengerjakannya, maka Allâh menuliskannya sebagai satu kesalahan.” [HR. al-Bukhâri dan Muslim dalam kitab Shahiih mereka]
Maka memasang niat untuk melakukan kebaikan sahaja sudah mendatangkan ganjaran di sisiNya. Sebagai contoh kita keluar bekerja dengan memasang niat kerana Allah, maka akan wujud ganjaran dan kita sudahpun berada di jalan yang sebenar untuk mematuhi misi penciptaan makhluk bernama manusia dan jin itu.
2. Pelaksanaan mengikut syariat
Pelaksanaan sesuatu perkara itu perlulah mengikut peraturan yang telah digariskan dan tidak sesekali bercanggah dengan apa yang telah digariskan di dalam Al Quran dan juga sunnah Junjungan ﷺ . Sebagaimana ibadah khusus seperti solat, puasa , haji dan sebagainya yang mempunyai rukun tertentu, maka begitulah perkara-perkara lain yang ingin kita hadapkan sebagai ibadah kepada Allah tentu sahaja memerlukan syarat tertentu yang perlu dipatuhi.
3. Perkara Yang Dilakukan adalah halal
Perkara yang kita lakukan tersebut mestilah perkara yang dihalalkan oleh syariat. Sebagai contoh bekerja sebagai kerani di jabatan kerajaan, maka ianya adalah suatu pekerjaan yang halal. Apabila kita bekerja sebagai pengubah wang haram, maka sudah tentu pekerjaan tersebut tidak halal, meskipun kita memasang niat bekerja di tempat tersebut untuk mendapat gaji yang halal.
4. Natijah memberi manfaat
Natijah atau hasil usaha yang timbul dari pekerjaan yang dilakukan perlulah memberikan manfaat kepada sesuatu. Sebagai contoh bekerja sebagai pembantu kedai makan, memberikan natijah dapat membangun ekonomi umat Islam, membantu memebri khidmat kepada orang yang hendak makan, memberikan rezeki dan pendapatan sebagai pekerja untuk disalurkan kepada ahli keluarga agar tidak meminta-minta dan hidup merempat.
5. Tidak meninggalkan ibadah asas
Ibadah asas adalah ibadah yang difardhukan untuk mengerjakannya seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya. Sekiranya kita melakukan sesuatu seperti beriadah hingga meninggalkan ibadah solat, maka riadah yang kita laksanakan meski dengan niat untuk menyihatkan badan, menutup aurat dan memberikan natijah manfaat kesihatan, namun dek kerana meninggalkan ibadah yang asas menyebabkan kelakuan kita beriadah menjadi tidak mendatangkan manfaat kepada kita...
Maka apabila kita keluar bekerja, adakah kita dapat mematuhi kesemua syarat yang ditetapkan di atas? Adakah kita bekerja dengan keluar rumah diniatkan hanya semata² kerana Allah?
Adakah bidang pekerjaan kita itu dilaksanakan mengikut syariat? Sebagai contoh kita sebagai kerani di sebuah jabatan. Ketua kita mengarahkan kita untuk membuat persiapan bagi mengadakan sebuah majlis konsert yang menampilkan artis tanah air. Maka apakah pekerjaan kita untuk mematuhi arahan bos itu menepati syarat kedua, iaitu menepati syariat? Sudah tentu ianya tidak....maka meski kita sudah berada dalam sektor pekerjaan yang halal, sudah berniat keluar bekerja kerana Allah. Tetapi apabila berlaku sesuatu perkara yang bertentangan dengan agama, maka perlu kita mengelakkannya. Jika kita berkemampuan maka ubahlah dengan tangan dan kuasa kita. Jika tidak berkemampuan, ubahlah dengan lisan seperti menyatakan kepada bos kita bahawa aktiviti tersebut tidak patuh syariah. Namun, jika kita masih lemah, tidak mampu, maka istighfar dan bencilah di dalam hati, maka sekiranya tiada rasa benci itu dalam hati, maka seolah kita tidak ada mempunyai sebesar biji sawi pun lagi keimanan kerana Rasulullah ﷺ menyatakan perkara tersebut.
Kadangkala kita menghadiri mesyuarat untuk membincangkan pelaksanaan sesuatu program, namun wujud pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan semasa bermesyuarat, atau bermesyuarat dengan lelaki atau perempaun yang bukan mahram dan sebagainya.
Kadangkala wujud juga fenomena di jabatan yang mana lelaki dan perempuan bukan mahram keluar minum bersama dengan alasan untuk sarapan pagi, walhal lelaki adalah suami orang dan perempuan juga adalah isteri orang,namun kedua²nya keluar bersama untuk minum dan sarapan dan diisi pula aktiviti makan dan minum dengan bercanda dan gelak ketawa. Hal ini tidak memenuhi tuntutan agama bahkan dilarang sama sekali. Mana mungkin pekerjaan kita itu dapat kita katakan sebagai sebuah ibadah dan mengharap ganjaran dariNya sedang kita selang selikan dengan aktiviti yang boleh mendatangkan kemurkaan dariNya.
Wallahu a'lam

Ulasan