Puasa dahulu puasa sekarang : Terkenang semasa dulu

Hari ke 21 ramadhan


Semasa berusia sekitar 8 tahun, penulis memulakan puasa di kuarters lok kawi kem, kota kinabalu Sabah. Semasa itu, pertandingan musabaqah al quran (kini tilawah al quran) diadakan pada Ramadhan dan boleh diikuti secara live di kaca-kaca televisyen. Siaran TV pun hanya ada dua sahaja, TV1 dan TV2 dan dua² memaparkan siaran langsung yang sama pada waktu malam.

Antara nasyid yang kerap dikumandangkan pada setiap kali majlis musabaqah ini ialah 

Ya Ilahi Ya Rabbi
Ampunilah dosa-dosa kami
Untuk kejayaan sejati
demi menguatkan iman di hati

sepanjang zaman Engkau berkati
sepanjang zaman Engkau berkati

Quran menjadi panduan
Ajarannya sangat berkesan
Untuk hidup bahgia
Insan seluruh alam sepanjang zaman

Nasyid dikepalai oleh seorang pemuda bersuara lantang.

Sepanjang siang ramadhan, biasa akan disajikan dengan kisah-kisah nabi, seperti nabi musa dan sebagainya. Berbanding ramadhan sekarang dimana TV lebih menyiarkan rancangan khusus untuk masakan berbuka puasa dan masakan untuk menyambut lebaran semata-mata...yang dikendalikan oleh artis tersohor...Mungkin ramadhan bersama artis lebih menyeronokkan berbanding menghayati kisah kenabian

Image result for ketuk ketuk ramadhan 2017

Wallahu a'lam


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol