Tarawih Dahulu Tarawih Sekarang : Terkenang Semasa Dulu

Mungkin antara waktu awal-awal penulis menemui kalimah tarawih dan solat tarawih juga tatkala berada di Kem Lok Kawi Sabah. Kami pergi ke masjid secara beramai-ramai sambil menyanyi-nyayi kecil bermacam lagu (orang berselawat ke berzikir, dia pi nyanyi). Tapi lagu yang dibawa hanya lagu² P Ramlee sahaja. Tak pernah pule kedengaran adanya lagu² rock kapak apalagi cinta cintun disiulkan di kalangan kami.



Mungkin boleh dinobatkan, ketua kumpulan kami itu ialah jimmy, tapi bukan jimmy pelikat tu..badannnya yang agak gempal dan nampak bersemangat menyebabkannya seolah memimpin kami untuk bergerak ke masjid.

Di masjid, seperti biasa, ada juga yang datang hanya untuk bermain, ada yang datang untuk menyertai solat sunat taraweh, ada yg datang hanya untuk makan moreh. Dan trend sebegitu rasanya berterusan hingga ke hari ini.

Cumanya, kanak-kanak sekarang seolah ada agenda lain apabila hadir solat taraweh. Bayangkan, imam dah memulakan bacaan al fatihah, masih ada lagi yang berkeliaran di luar dan berkumpul di suatu sudut. Tidak dapat dikenalpasti apakah aktiviti yang dilakukan pada ketika itu.

Penulis juga lupa bilangan rakaat yang dilaksanakan oleh masyarakat tatkala itu. Namun, rasanya tetap 20 rakaat. Ianya dah jadi rakaat rasmi yang diterima pakai di mana-mana bahagian dalam kuasa autoriti pihak pemerintah...

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol