Kad Debit...Mesin Pemprosesan atau manusia yang bermasalah?
Penulis mungkin boleh dikategorikan sebagai pengguna kad debit yang agak tegar @ fanatik. Mana sahaja lokasi pembelian, ingin hanya guna kad debit. Tapi sangat membenci penggunaan kad kredit atau bayaran tertangguh kerana mempunyai pengalaman hitam menanggung hutang tanpa kesudahan dan berpanjangan.
Maka setiap kali membeli, meski hanya dengan serendah RM10 pun, penulis suka dan gemar untuk membayar mengguna debit, asal tiada sebarang caj tambahan. Maka pernah lah berlaku beberapa insiden, dimana bila ditanya pada sang pemungut wang,
"di sini boleh guna debit?"
"Boleh..."
Tetapi bila jumlah amaun bayaran kurang dari RM50,
"Encik, lebih RM50 sahaja yang boleh guna debit.."
Mujurlah dalam dompet ada juga wang tunai. Cumanya, ianya akan menyebabkan bajet yang telah ditetapkan untuk pembelian di kedai² yang memang kita tahu tiada kemudahan debit, seperti kedai makan dan kedai runcit di taman atau kampung, akan lari daripada yang sebenar, atau terpaksa dikurangkan, atau terpaksa menyebabkan berulang ke bank untuk mengeluarkan cash.
Maka penulis juga berpengalaman di beberapa buah stesen petrol yang dahulunya menerima bayaran debit di dalam kaunter, kini menolak dan minta kita berurusan dengan mesin pam sendiri. Sebagaimana yang kita tahu, mesin pam akan 'menahan' wang kita sebanyak RM200.00 untuk sekali transaksi meski petrol yang diisi cuma sekitar RM70.00 ke bawah. Tak tahu lah kenapa, namun untuk refund mengambil masa lebih kurang 7 hari bekerja. Maka ianya akan seolah 'menyekat' aktiviti ekonomi seharian kita.
Wujud stesen pam petrol yang telah awal² menulis notis di mesin pam mengenai 'penahanan' RM200 apabila menggunakan kad debit di mesin pam petrol, dan jika tidak bersetuju, boleh membuat transaksi di kaunter.
Walau bagaimanapun, tidak semua stesen pam akan mengeluarkan notis seumpama itu. Kebanyakan kaunter akan memberi jawapan agar membuat transaksi di mesin pam. Kadangkala, cara mereka menjawab pertanyaan boleh dekit tak, itu agak kasar dan agak mengguris perasaan pelanggan.
Sketsa satu, di stesen pam petrol yang dijenama semula selepas pusingan bulatan pertama di kota gotham city,
" Guna debit boleh?"
"Boleh...tapi kena isi dahulu..." kemudian kad debit bank diambil oleh juru wang.
Seusai pengisian, masuk kembali ke dalam kaunter,
"Tak boleh encik...reject...ada kad lain" katanya dengan pada perasaan penulis, agak kasar. Penulis agak menyirap. Ini kerana pada pandangan penulis, mesin pada kedai tersebut yang tidak berfungsi dengan baik, bukan kad penulis. Ini kerana penulis pernah membuat pengesahan dengan salah seorang pegawai bank kad tersebut yang membuat kenyataan sedemikian. Namun kerana malas hendak bertekak, penulis meninggalkan kaunter dan mengambil wang tunai di mesin wang yang mengenakan caj RM1.06 setiap ternasaksi. Ambil duit sendiri pun kena caj? Zalim bukan?
Maka bayaran pun dilangsaikan dan sang juruwang kelihatan kasar, menghentak² meja dan sebagainya. Tak taulah apa yang dimeroyankan.
Sketsa 2,
Di stesen pam petrol jenama sama, di hujung jalan keluar kota gotham,
"Boleh debit?"
"Kena buat kat luar...kt mesin pam"
"Tapi kan kena tahan RM200"
"Tak boleh buat kat dalam....kena buat kat luar" (Langsung tak menjawab soalan)
Hati menjadi panas, berjalan keluar dan meninggalkan ruang pengisian.
"Ingat ko sorang je yang jual petrol"
Memandu menuju ke lokasi yang berhampiran, jenama petrol yang sama,
"boleh debit..."
"Boleh..."
Selesai masalah. Pelik bukan?
Penulis tak tahu kad masalah atau orang bermasalah atau mesinkah yang bermasalah?
Pagi tadi penulis menelefon talian panas kad bank terbabit...
Katanya kad bank penulis tiada masalah. BOLEH JADI mesin di kedai petrol yang tidak up to date?
Salah siapa ni?
Wallahu a'lam
Ulasan