Bayar tol...tapi sesak?

Keluar daripada lebuhraya di sebuah pekan kecil yang terkenal dalam negeri gapura selatan, kesesakan mula menonjolkan dirinya. Al maklumlah, petang sabtu, esok pejabat dan sekolah bermula manakala bagi yang bermazhab cuti sabtu ahad, petang sabtu adalah masa terbaik untuk berjalan dan berziarah keluarga, lebih² lagi eid masih terasa kemeriahannya dengan disemarakkan lagi oleh kelakuan artis dan pemimpin yang terus-terusan menyambutnya selagi ada syawal.

Lorong untuk ke sebelah kanan hanya untuk satu lorong, tetapi dek kerana pecahan pintu keluar lebuhraya mempunyai empat lorong, kebanyakan kenderaan berpusu untuk masuk ke dalam lorong sempit yang satu.

Adalah sesuatu yang amat pelik apabila pengurusan lebuhraya yang saban waktu tahu dan nampak keadaan sesak tersebut, pada waktu² puncak hanya membatukan diri di balik cermin gelap pejabat berhawa dingin tanpa memikirkan satu bentuk alternatif penyelesaian, walhal ianya perkara yang acapkali berlaku pada waktu cuti hujung minggu. Sudah sepatutnya pihak pengurusan mengambil langkah proaktif dengan menyediakan perundingan dengan pihak polis pekan kecil agar dapat mengurangkan kesesakan yang berlaku. Bukan setiap hari pun berlaku kesesakan demikian. 

Image result for kesesakan tol

Bukankah tujuan utama pengguna menggunakan kemudahan lebuhraya adalah untuk mempercepatkan perjalanan dan mengurangkan kesesakan. Maka, apabila lebuhraya juga menawarkan kesesakan dan kelewatan, apaguna kita membayar tol?

Kerap berlaku, kesesakan di dalam lebuhraya dengan deretan panjang, berjalan perlahan, ada ketika pengguna terpaksa mengejar masa untuk mengambil peperiksaan atau menghadiri mesyuarat, tetapi terperangkap hanya kerana lorong kanan ditutup untuk kerja² penyelenggaraan? Maka bukan sedikit pengguna yang terpaksa terlepas peluang hanya kerana kesesakan di lebuhraya, walhal jika melalui jalan biasa, meskipun jarak agak jauh, namun mampu tiba ke destinasi pada masa yang diharapkan?

Maka apa tindakan pihak yang memegang konsesi lebuhraya? Biarkan sahaja ...

Apa yang berlaku di negara maju seperti US, apabila lebuhraya mengalami kesesakan, maka pemandu yang menggunakan jalan tersebut mendapat pelepasan bayaran tol. Sebagai pengguna, ianya amat berbaloi kerana pengguna kadangkala terpaksa melepaskan satu peluang dengan terperangkap di lebuhraya yang kunun menjanjikan keselesaan tetapi sebenarnya kerap terperangkap dalam kesesakan?

Image result for kesesakan tol

Pemegang konsesi memang telah mengambil inisiatif dengan pengurangan kadar atau diskaun bayaran tol semasa musim perayaan. Namun, mereka juga harus peka terhadap kesesakan luar biasa pada hari yang luar biasa.

Pihak pemegang konsesi perlu prihatin mengenai perkara ini, atau mereka tidak mengambil endah dek kerana kerakusan dengan dunia kapitalis? Begitulah jika kapitalas yang berkuasa...

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol