Sesak di Kluang Mall
Kluang Mall sekitar jam 10 malam, malam ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 60. Bangunan plaza perniagaan yang tergah di bandar Bat Town yang mengenakan bayaran RM1 kepada setiap kenderaan yang masuk menumpang parkir dibawah lembayung lindungan bangunan tersebut pada hari-hari biasa, dan bertambah kepada RM2 pada hujung minggu, berbanding BP Mall yang tersohor dan meniti di bibir penduduk Penggaram, yang turut menawarkan pelbagai dagangan dan kedai namun tidak mengutip sebarang bayaran untuk kenderaan pelanggan menikmati faedah yang sama dengan apa yang diterima di Kluang Mall, tanpa ada sebarang kekurangan atau kelebihan yang wujud.
Berbalik kepada kisah 10 malam. Penulis dan isteri baharu sahaja selesai menikmati makan malam di salah sebuah restoran yang menawarkan makanan ala western, namun perisa sudah agak jauh daripada zaman awal penawarannya. Sebaik masuk ke perut kenderaan, selepas berjaya membayar RM1 wang meletak parkir, dashboard menunjukkan ke angka 10 malam. Kenderaan yang berbaris untuk keluar melalui satu lorong tunggal agak luar biasa panjang.
Sehingga jam menunjukkan ke angka 10.30, kenderaan di hadapan penulis tidak bergerak langsung. Statik atau idle. Namun banyak kenderaan yang berada di belakang telah mula mengambil jalan pintas menuju ke lorong keluar. Penulis malas hendak potong que kerana terfikir, kalau semua potong barisan, masalah akan menjadi lebih rumit.
Aneh sekali kerana pihak pengurusan kluang mall seolah tidak menghiraukan masalah yang berlaku, walhal setiap kenderaan yang menumpang di situ berada di bawah bayaran RM1.
Sehingga jam 11 malam, baharulah trafik menjadi lancar. Baharulah wujud seorang upahan di lorong keluar menjaga palang dengan muka senyuman dengan lancar menyatakan kemaafan. Alasan yang diberi, lampu trafik di hujung jalan adalah penyebab sebenar kesesakan malam merdeka.
Pada hemat penulis, kesesakan berlaku berpunca dari penutupan jalan utama di hadapan kompleks plaza tersohor di daerah tengah gapura selatan tersebut, yang akan menjadi medan perbarisan tahunan bagi daerah ini setiap pagi 31 ogos.
Apabila jalan utama ditutup, laluan akan menjadi tersekat, khususnya pada waktu puncak, lebih lagi umat Islam bakal meraikan eid adha sehari selepas sambutan kemerdekaan tahunan. Cuti yang panjang hingga Isnin membuahkan ghairah kebanyakan perantau untuk pulang ke kampung halaman. Maka dek kerana sekatan jalan, kenderaan yang bertambah secara medadak telah memberikan implikasi kesesakan pada jalan alternatif.
Apa yang sangat dikesalkan ialah pihak pengurusan kluang mall seolah bersikap berlepas tangan dan langsung tidak membantu. Dengan keadaan kenderaan yang berasak asak untuk keluar dengan melalui hanya satu lorong, seolah bangunan hendak runtuh, pasukan keselamatan kluang mall yang hanya segak menggayakan pakaian seragam serba putih itu sepatutnya bertindak pro aktif, contohnya dengan menutup terus laluan masuk dan membiarkan kenderaan keluar dengan dua lorong dilihat akan memudahkan laluan. Sayang sekali, majoriti pasukan keselamatan upahan itu terdiri daripada bangsa upahan luar negara yang tidak fasih (dibaca: tidak faham bahasa) dan adat budaya negara. Lantas beranggapan kesesakan adalah perkara biasa seperti yang berlaku di kampung halaman mereka. Maka itulah yang terjadi. Penulis tidak dapat membayangkan keadaan jika ada pemasangan alat letupan dikesan di bangunan tersebut, sebagai contoh, akan keadaan porak peranda dan kelingkupan yang bakal berlaku di kalangan pelanggan yang hanya di pandang sepi oleh pihak pengurusan kluang mall itu...
Apa boleh dibuat.....tindakan tertentu boleh diambil selaku pelanggan, sebagai contoh memulaukan tempat letak kereta plaza tersebut agar pengurusan sedar dan insaf akan kuasa pengguna...
Wallahu a'lam

Ulasan