Ganjil sang muazzin jumaat
Jumaat 10 zulkaeadah 1438, Jumaat di jame daerah tengah gapura selatan. Sudah agak lama tidak berada d masjid milik penuh pemerintah ini untuk menghadiri jamaah Jumaat disebabkan kesibukan urusan duniawi. Penulis sering bertukar masjid untuk menghadiri jamaah Jumaat.
Seusai tahiyyatul masjid, duduk merenung diri. Dari balik pembesar suara yang terpasang di menara, kedengaran sayup bacaan ayat al quran. Kemudian bacaan itu terhenti dan digantikan dengan bacaan berbahasa ibunda. Boleh jadi pembacaan tafsir ayat yang dibacakan tadi tetapi tidak jelas kerana pembesar suara dalam ruang solat tidak dipasang. Mungkin kerana rosak atau tidak perasan. Namun keadaan ini sudah saban minggu berulangan yang membuktikan ianya bukan atas faktor lupa atau ketidak senghajaan. Ianya boleh dianggap sebagai dirancang. Timbul lagi persoalan, untuk siapa bacaan tafsir itu? Untuk orang di luar masjid mungkin. Ini kerana di masjid lain dalam daerah tersebut, seperti masjid raya dalam kampung tersohor yang berhampiran kota kelelawar, bacaan tafsir al quran sebelum khatib naik ke mimbar akan dibuat dihadapan jamaah, seolah kuliah sebelum Jumaat seperti yang berlaku di masjid pinggir kota di pintu masuk kota kelelawar itu yang berhampiran dengan stadium raya.
Sebelum itu, sang muazzin akan duduk bersila membelakangi kiblat menghadap jamaah untuk membaca surah al kahfi dengan pembesar suara. Cuba bayangkan anda masuk ke dalam masjid untuk menunaikan solat tahiyyatul masjid di hadapan pembaca al quran yang memakai pembesar suara. Tidakkah bacaan solat akan terganggu sedangkan terdapat hadith yang jelas melarang perkara tersebut,
أَيُّهَا النَّاسُ كُلُّكُمْ يُنَاجِي رَبَّهُ فَلَا يَجْهَرْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ
Sumber : https://rumaysho.com/562-hukum-mengeraskan-bacaan-quran-padahal-yang-lain-sedang-shalat.html
"Wahai sekelian manusia! Kamu semua sedang berbisik dengan Rabbnya. Oleh kerana itu janganlah mengeraskan suara tatkala membaca al quran hingga menyakiti saudara yang lain"
Sayang sekali peringatan ini tidak dibuat di masjid sebelum waktu Jumaat berbanding peringatan muazzin selepas azan kedua di tepi mimbar sebelum khatib memulakan khutbahnya...
Berkaitan peringatan kepada jamaah agar tidak berkata² tatkala khatib sedang berkhutbah tentunya lebih molek untuk dibaca di dalam teks khutbah itu sendiri, sebagaimana teks firman Allah berkaitan ketaatan kepadaNya, Rasul dan Ulul Amr yang tidak lekang atau tanggal daripada teks khutbah di jajahan takluk tersebut. Berbanding negeri lain, seperti Selangor, tiada sebarang peringatan yang dibuat oleh muazzin Jumaat berbanding jajahan takluk yang kerap mengulanginya di setiap tepian mimbar menjelang khatib berkhutbah. Ironinya, muazzin itu sendiri secara terang melanggar akan larangan untuk berkata-kata apabila membacakan doa yang begitu kuat tatkala khatib duduk antara dua khutbah!!
Sebagai sebuah masjid daerah yang dikelolakan oleh pihak pemerintah, semoleknya membuat peraturan dan adab yang sesuai dengan aturan al quran dan sunnah, agar manusia tidak dikelirukan. Pelantikan muazzin Jumaat yang benar² kompeten dan menepati piawaian sunnah perlu dititikberatkan demi menjaga kemaslahan ummah. Masjid kampung yang bukan dikawal sepenuhnya oleh pemerintah kelihatan lebih memelihara perkara seumpama ini...
Wallahu a'lam
Ulasan