Pos Laju Yang Tak Berapa Laju

22 Disember 2017, meniti hari² terakhir 2017, seperti yang tercatat dalam resit yang dikeluarkan oleh pencetak POS yang dikatakan laju di dalam negara semenanjung emas. Penulis agak tergesa² mengejar date line pada 29 Disember untuk tugasan subjek jarak jauh.

Selepas beberapa tahun menggunakan perkhidmatan ini, kali ini nampaknya ia telah berjaya mempamerkan wajah sebenar. Selepas membuat tracking pada 26 Dis, tugasan yang dihantar masih belum menemui destinasinya. Penulis masih boleh bertenang. 27 Dis, penulis mula resah. Apa tidaknya, data di tracking on line menunjukkan tiada sebarang perubahan pergerakan lokasi. Meski telah sampai ke negeri yang dituju, tapi masih lagi belum tiba ke destinasi sebenar.

Penulis cuba menghubungi talian bebas tol kununnya yang terpampang di resit, namun tidak berjawab. Cubaan menggugle untuk mencari no alternatif, khususnya di kawasan atau negeri yang menempatkan destinasi yang dituju. Terdapat tiga nombor yang diberikan. Tapi sayang sekali, ketiga-tiga nombor tidak diangkat meski telah dicuba berulangkali. 

"Parah kali ini...Apakah akan kehilangan 20% untuk subjek yang tersebut?"

28 Dis, berkebetulan penulis bercuti untuk menguruskan pembayaran yuran persekolahan anak². Selepas selesai, penulis cuba membuat tracking online, mengejutkan kerana keputusan kali ini NO DATA!!

Penulis cuba menghubungi talian bebas tol sekali lagi. Kali ini ada jawapan daripada mesin bersuara wanita pertengahan usia. Tapi sayang, selepas mengikut arahan menekan butang² bernombor, hanya bunyi muzik sahaja yang kedengaran untuk menunggu sambungan kepada pihak pengurusan pelanggan. Muzik berterusan sehingga beberapa minit dan akhirnya diputuskan sahaja taliannya. Penulis bergegas ke kaunter lokasi pengeposan untuk mendapatkan maklumat. Petugas kaunter memberikan no talian pejabat pengeposan memandangkan dia hanya seorang di kaunter untuk melayan pelanggan yang kelihatan ramai dan resah menunggu. Mujur kali ini panggilan dilayan. Namun ianya hanya jawapan hambar dan menghampakan. 

Maka penulis terus bergegas untuk menghantar salinan tugasan melalui khidmat kurier. Di meja pelanggan, telefon berdering dari pejabat universiti menjawab pertanyaan penulis berkaitan status penerimaan tugasan. Ia hanya memberikan jawapan yang menghampakan. Tugasan yang dikirim melalui pos terlaju itu masih belum tiba meski telah lebih enam hari. Sepertinya perkhidmatan pos tersebut menggunakan unta untuk merentasi bandar dan kampung dari selatan ke utara semenanjung emas?

Maka niat untuk menghantar sesalinan tugasan diteruskan dengan menggunakan perkhidmatan kurier pula.

"Confirm ke esok sampai?"
"Ye...besok memang sampai..."

Janji manis yang tidak boleh dipercayai. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Bolehkah ianya tiba selewatnya jam 1 tengahri keesokan harinya ke destinasi pulau tersebut?

Ternyata, selepas malam 29 hb, barulah terpapar di tracking online, tugasan tiba sekitar jam 3 petang ke destinasi impian....

Sangat lewat. Daripada 22hb dari pejabat pengeposan dan tiba di pulau impian pada petang 29hb....adakah mereke mengenderai unta atau lembu atau kambing atau zirafah menuju ke destinasi?

Wallahu a'lam


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol