Mengisi Sebuah Kemenangan
Awal bulan Disember tahun 2017, sejarah akhirnya terakam kemas dalam diari organisasi serta kesatuan berkaitan kemenangan dalam pemilihan JK oleh pihak yang menamakan diri mereka sebagai pasukan transformasi.
Pasukan transformasi adalah merupakan pembentukan satu kumpulan yang lahir daripada idea untuk membela pasukan yang telah 'dikuburkan' tanpa nisan selepas berjaya mengaut kemenangan tipis dalam pemilihan Okt 2016. Selepas mengalami krisis pengiktirafan dengan pihak jabatan dan berlarutan sehingga hampir setahun, akhirnya dikuburkan begitu sahaja tanpa nisan dan tanpa sebarang tanda.
Terdapat beberapa tindakan yang telah dilakukan oleh pasukan JK di luar skop untuk membela keberadaan mereka di persada kepimpinan kesatuan, namun semuanya menemui jalan buntu. Jabatan masih mengiktiraf JK yang dibentuk sebelum Okt 2016 sebagai JK yang sah. Tindakan terakhir yang cuba dilakukan oleh pasukan tersebut ialah untuk menubuhkan kesatuan kedua, namun ianya tertahan di peringkat pengurusan hingga memaksa JK sebelum Okt 2016 membuat sesuatu. Dan akhirnya pada Dis 2017, AGM Luar Biasa telah diadakan dan berakhir dengan kemenangan pasukan transformasi.
Kemenangan pasukan ini adalah merupakan hasil kerja keras S/U dan juga Presiden yang begitu teruja untuk menjana kemenangan atas nawaitu membela almarhum pasukan JK di luar skop. Dengan izin Allah, ianya membuahkan hasil yang agak lumayan.
Kendatipun begitu, tugas untuk mengisi kemenangan sebenarnya jauh lebih sukar dari menjana kemenangan. Amanah yang besar daripada undian sejumlah ahli yang prihatin tidak harus dianggap sebagai ghanimah untuk mengaut keuntungan dan pengaruh semata-mata. Pasukan ini harus memperkasa kesatuan dan membuktikan bahawa mereka mampu memimpin kesatuan ke arah hala tuju yang betul mengikut landasan yang telah ditetapkan. Kebajikan ahli seharusnya menjadi agenda utama yang perlu diangkat ke tempat yang seharusnya. Kesatuan harus berani menyatakan kebenaran meskipun pahit dan dianggap menongkah arus. Suara hati akar umbi harus ditangani dengan sebaiknya dan emosi perlu diketepikan dalam menangani segala permasalahan dan rintihan semua golongan. Meski Kesatuan tidak mempunyai ahli yang sebegitu ramai sebagaimana yang didambakan, namun kesatuan perlu berjuang untuk semua peringkat warga organisasi dan tidak hanya tertumpu kepada kebajikan ahli semata-mata. Dengan motto kebajikan kepada semua, perjuangan perlu memfokuskan kepada semua pihak. Apabila hasil atau suara perjuangan dapat didengari oleh semua, maka tidak hairan nanti permohonan untuk menjadi ahli akan mencurah-curah datang tanpa perlu sebarang promosi berkaitan lagi.
Penetapan misi dan visi serta objektif JK adalah sedang dinantikan oleh sejumlah lebih 1000 warga organisasi yang layak menjadi ahli. Mereka mendambakan sebuah kesatuan yang kuat dan berpengarruh serta mampu mendepani permasalahan yang timbul dan masih belum dapat diselesaikan. Ayuh...maralah segera!!
Ulasan