Jumaat Kedua

Jumaat 16 Jamadil Awwal tahun ke 1439 daripada hijrah Ar Rasul, dek kerana tiada kelas, maka pergerakan untuk ke masjid hanya bermula selepas jam 12 tengahari. 




Tetapi agak malang kerana bas untuk ke masjid seperti sudah tidak kelihatan lagi meski jam di HP menunjukkan ke angka 12.15. Masuk wassap dari rakan menyatakan bas hanya sehingga jam 12.30 tapi hakikatnya sebelum jam 12 tengahari dah tidak wujud lagi.

"beginilah nasib pelajar tua....Ada persatuan tapi rasanya setakat nak buat lawatan dan bergembira ria sahaja kot. Tak pernah ada usaha untuk menjamin kebajikan berterusan pelajar. Buktinya, tidak pernah ada satu saluran khas untuk membuat aduan. Bila dipapar di FB , dikatakan tidak bersyukur. Tak faham langsung..."

Akhirnya, grab yang menjadi pilihan. Al maklumlah, perisian grab car dah lama terpasang di dada paparan tab ni tapi usang dan tidak pernah digunakan dek kerana daerah permukiman masih belum wujud perkhidmatan tersebut. Baru beberapa bulan ini ianya mula diiklan di serata daerah permukiman. Itupun, belum ada lagi sebarang percubaan dibuat untuk menggunakannya.

Grab dipanggil melalui perisian mendapat jawapan. Sebuah kereta berjenama honda jazz terpapar di perisian bersama no kenderaan dan gambar pemandu. Beberapa minit kemudian, kenderaan yang dipesan tiba di perkarangan hotel mewah restu. Dengan harga RM4, kami berdua dibawa ke perkarangan masjid..

Seperti yang dikatakan, masjid yang berada di luar naungan kerajaan selatan membawa mesej khutbah yang lebih nyaman, dengan aturcara pengumuman berkaitan larangan berkata² semasa khutbah Jumaat dibuat sebelum azan pertama, tiada sebarang protokol atau sebaran umum antara khutbah dan azan kedua, tiada sebarang suara lolongan merayu dengan diatasnamakan doa semasa khatib duduk di antara dua khutbah, tiada khutbah yang meleret dan menyebut segala nama pada khutbah kedua, bahkan lebih ringkas. 

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol