Jumaat di Naungan Selatan Sungguh .....
23 Jamadil Awwal tahun ke 1439 selepas hijrah ar Rasul, selepas beberapa lama meninggalkan jajahan selatan, Jumaat ini berada di masjid jame di tengah² gapura selatan. Kembali kepada kaedah biasa yang diamalkan sejak turun temurun dan dipertahan dari zaman ke zaman, dari generasi ke generasi, bahawa di antara azan kedua dan khutbah Jumaat, WAJIB diselangi dengan bacaan peringatan sang muazzin akan larangan berkata-kata tatkala khatib sedang membaca khutbah. Seolahnya, tidak sah bacaan khutbah andai kata muazzin meninggalkan peringatan tersebut. Atau penyampaian khutbah akan gagal andai muazzin memperingatkan perkara tersebut sebelum dikumandangkan azan pertama..., atau paling viral kini, muazzin mungkin akan dicop sebagai pengikut ajaran wahabiah dan berkemungkinan juga diperjauhkan dari pembesar suara untuk setiap waktu...
Perkara wajib kedua, ialah membaca doa dengan suara mendayu dan berlagu antara dua khutbah, iaitu semasa khatib duduk dan menunggu khutbah kedua. Sekiranya gagal akan muazzin berbuat demikian, dimana² premis yang diadakan solat Jumaat, maka ada kemungkinan muazzin tersebut akan digugurkan...
Perkara wajib ketiga, ialah memperpanjangkan khutbah kedua hingga hampir sahaja menyamai khutbah pertama...
Perkara wajib keempat ialah khatib membaca ahli sunnah wal jamaah aliran asyairah wa maturudiah dan kegagalan membaca kalimah tersebut boleh menyebabkan khatib digantung 'lesen' untuk naik ke mimbar pada Jumaat atau Eid...
Di bumi Hang Tuah, agak keterlaluan pula pada meninggalkan peringatan untuk larangan berbicara semasa khutbah hingga hingar bingar ruang masjid dengan suara orang berkata dan bersembang semasa khutbah. Namun di gapura selatan, keterlaluan pula hinggakan sebelum khutbah eid juga diberi peringatan dengan menggunakan hadith yang sama, namun diubah perkataan Jumaat kepada perkataan solat berjamaah...sungguh hebat dan berani orang kita membuat inovasi di dalam beragama....
Namun siapalah yang mampu membuat teguran. Asalkan perkara tersebut baik dan dikira mendatangkan manfaat, tanpa perlu menoleh kepada sunnah lagi, maka ianya diteruskan dengan sewenangnya tanpa ada sebarang pematauan lagi. Cukuplah dengan orang yang menegur akan dicop sebagai pembawa ajaran wahabiah yang dianggap sangat sesat dan menghancurkan ummah..., meski golongan ini cuba membawa hujjah yang lebih ilmiah, namun ianya ditolak mentah-mentah kerana bercanggah dengan arus perdana dan amalan biasa...
Masayarakat kini lebih disogokkan dengan aliran memahami sesuatu tanpa perlu kepada kaedah yang ilmiah dan fakta serta bukti yang sahih.
Wallahu a'lam
Ulasan