Berminda Emas Sebelum Ramadhan

8 Syaaban 1439 sekali lagi penulis dan sahabat kanan bergerak ke pusat latihan buat menabur budi untuk sesi kedua. Tugasan telah dimulakan sejak pagi 7 syaaban lagi untuk menyiapkan lokasi dan juga tagging. Dengan menaiki kenderaan yang telah agak berumur dan berhawa dingin kurang dingin, penulis menuju ke lokasi sekitar jam 8.30 pagi dan sempat singgah sebentar untuk mengambil sarapan pagi. Kami tiba di lokasi sekitar jam 9.00 pagi. Menuju masuk ke pejabat dan menyiapkan beberapa peralatan yang sepatutnya untuk kelangsungan program keesokan harinya.



Selepas jam 10.30 pagi, kami menaiki kenderaan tua menuju ke lokasi untuk membuat pemantauan dan juga pengecaman. Kembali semula ke pejabat dan kemudian sekali lagi ke lokasi. Penulis hanya sebagai pemandu manakala sahabat kanan yang melaksanakan kerja-kerja lapangan.



Seusai jam 12.00, kami bertolak kembali ke pejabat. Keesokan pagi, kami bergerak ketika hujan lebat di jalanan. Dalam hati tidak putus berdoa agar hujan berhenti untuk program dapat diteruskan dengan sebaiknya. Jika tidak, terpaksa pula standby untuk plan B.



Segala puji dipanjatkan kehadratNya. Setiab di lokasi, tiada hujan yang turun. Jalan kering tanpa lopak air selepas hujan. Hanya awan gelap berarak riang di langit lepas. Tiada sang mentari yang mahu melepas haba ke permukaan bumi. Ini bermakna, kembara akan diteruskan.

Persiapan akhir dibuat di pejabat dan para fasi yang terlibat mengambil barang keperluan program yang telah diatur sejak pagi semalam. 

Seusai menikmati sarapan nasi goreng telur mata, kami masuk ke CP yang telah ditetapkan. CP penulis dan juga sahabat kanan ialah di kubur lama bersebelahan kolam air. Tiada apa yang menarik untuk dikisahkan di sini. Hanya wujud penemuan baru dimana dipercayai terdapat sarang sang buaya pula. Wah...



CP dua terletak di pondok tepian lapang sasar penerbangan manakala CP tiga di bukit makam. Dek kerana CP satu cepat urusannya, itupun selepas jam 12.30 tengahari, kami bergerak memantau CP lain, memandangkan sahabat kanan adalah ketua fasi untuk sesi pada kali ini.

CP 3 agak terik kerana tiada sebarang teduhan. Mujurlah fasi yang bertugas adalah senior dan biasa dengan keadaan. Maka beliau menggunakan kanvas serta kenderaan sendiri untuk berteduh...

Program berakhir sekitar jam 1.30 petang juga. Seusai menikmati nasi putih berlauk ikan pari masak asam pedas, telur asin dan sayur sup , kami bergerak untuk solat zuhur dan kemudian membuat persediaan refleksi kembara di dewan utama. Kali ini, ketiga-tiga fasi penunggu CP diminta membuat ulasan. KF akhirnya membuat rap-up sebelum diserahkan kepada fasi seterusnya untuk acara traffic jam. Acara traffic jam berakhir sekitar jam 4.30 petang.



Pernahkah kita membuat sedikit ulangkaji berkaitan modul yang digunakan. Jika ada, pernahkah kita melihat adakah objektif yang hendak disampaikan dapat sampai kepada peserta atau sebaliknya?

Pernahkah kita memikirkan atau merenungkan hebat sangatkah peranan kita dalam membuat pengisian program dan perlukah kita memperlekehkan usaha yang dibuat oleh orang lain, walhal ianya cukup membantu dalam kesinambungan sesebuah program yang di susun?

Raikan pandangan rakan² seperjuangan dan sekiranya sangat perlu, perdebatkanlah perkara² yang dilihat mampu memperbaiki program tetapi dengan cara dan kaedah yang sangat berhikmah...

Wallahu a'lam


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol