Rindu Taraweeh Zaman BN
Ramadhan 1411 adalah mencatat sebuah sejarah dalam kehidupan penulis di mana buat pertama kalinya penulis menjalani Ramadhan di perantauan, jauh daripada dakapan hangat keluarga. Pada waktu tersebut, penulis berada di salah sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang agak berprestij pada waktu dan ketika itu. Sekolah tersebut baharu sahaja di buka dan batch penulis merupakan batch yang ketiga masuk dari tingkatan empat selepas berjaya mendapat keputusan SRP (Sijil Rendah Pelajaran) yang agak baik pada waktu dan ketika itu.
Ramadhan di SBP boleh dikatakan satu pengalaman yang menakjubkan. Kami akan berkumpul lebih awal di dewan makan untuk mengambil makanan, dan kemudian tray yang dipenuhi makanan itu akan disusun di atas meja. Ertinya, sepanjang Ramadhan kami akan makan malam bersama untuk kesemua warga sekolah tersebut. Sekitar jam tujuh, kami akan mula mendekati meja makan yang telah terhidang dengan tray berisi makanan tersebut. Duduk menunggu sambil berbual kosong. Sepatutnya diisi dengan zikir² tapi ianya tidak berlaku semasa tahun tersebut. Pada waktu itu, kami masih dianggap junior form four dimana masih ada senior 2nd batch di kalangan form 5 juga senior dari kalangan 1st batch yang menyertai sekolah tersebut dari form 3.
Apabila terdengar bunyi dentuman meriam, ianya disambut dengan bunyi "haaaa" dan doa kemudian dibaca dan seterusnya azan dikumandangkan dan kami pun makan sehingga menjilat tray....hahaha
Seusai makan, kami bergerombolan ke surau untuk solat berjamaah maghrib. Seusai maghrib, diisi dengan tazkirah ringkas sang imam sementara menanti kedatangan Isya. Seusai taraweeh sebanyak lapan rakaat, kami bergerak ke kelas untuk prep malam dengan masa yang disingkatkan.
Waktu sahur kami bermula sekitar jam 3 pagi hinggalah jam 5.30 pagi.
Ramadhan ini memperlihatkan penulis buat pertama kalinya dilatih memimpin solat taraweeh. Agak gementar juga pada awalnya. Namun, hasil bimbingan imam yang merupakan senior form five, penulis dapat juga mengawasi keadaan.
Ramadhan ke 2 pada 1412 hijriah pula memperlihatkan kedatangan kebawah duli tuanku untuk berbuka puasa bersama². Pada waktu tersebut kami sudah dijulang sebagai senior form five dan secara kebetulan pula, penulis adalah antara yang diangkat selaku antara pimpinan pelajar. Raptai diadakan berulang kali dan paling banyak amaran yang diulang², waktu makan, jangan sesekali kedengaran bunyi dentingan sudu dan garfu. Berkebetulan pada waktu kedatangan tuanku, semua pelajar perlu menggunakan sudu dan garfu. Syukurlah, semua berjalan dengan baik dan teratur....
Memimpin taraweeh sepanjang sebahagian besar Ramadhan dipikul ke pundak penulis. Bacaan doa sebelum iftaar digilirkan di kalangan pengawas, berbeza pada tahun sebelumnya.
Tray pada tahun kedua tidak perlu disusun oleh pelajar. Pihak DM yang diminta menyusun makanan dalam tray di atas meja. Pelajar hanya tahu datang dan duduk dimana-mana lokasi yang selesa bersama klik masing². Namun selepas makan, tray tetap perlu dihantar ke meja pengasingan selepas sisa makanan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
Sahur pada tahun kedua tamat ditandai dengan suara azan pertama. Meski ianya dikatakan mengelirukan penduduk kampung berdekatan, tapi kami masih menguatkuasakannya sepanjang Ramadhan kedua dan merupakan yang terakhir bagi batch kami.
Tray pada tahun kedua tidak perlu disusun oleh pelajar. Pihak DM yang diminta menyusun makanan dalam tray di atas meja. Pelajar hanya tahu datang dan duduk dimana-mana lokasi yang selesa bersama klik masing². Namun selepas makan, tray tetap perlu dihantar ke meja pengasingan selepas sisa makanan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
Sahur pada tahun kedua tamat ditandai dengan suara azan pertama. Meski ianya dikatakan mengelirukan penduduk kampung berdekatan, tapi kami masih menguatkuasakannya sepanjang Ramadhan kedua dan merupakan yang terakhir bagi batch kami.
Alangkah rindunya saat itu dan ingin sekali untuk diulangi ...
Wallahu a'lam
Ulasan