Tahun Baru : Apa Yang Baharu?
Tahun baru masehi menjelma semula tepat jam 12.00 malam setiap tahun. Sambutan yang diadakan di kebanyakan lokasi adalah tidak berubah sebagaimana tahun² sebelumnya. Artis dan temasya hingga sepertiga malam sememangnya menjadi agenda tahunan walau dimana sahaja sambutan sekularisme ini diadakan di semenanjung emas ini. Meski terdapat beberapa sambutan yang cuba diubahsuai dengan kaedah yang lebih patuh syariah, namun secara puratanya, budaya hendonisme tetap dijulang kunun merai minda anak muda yang dahagakan sebuah hiburan. Namun jejak sang Menteri Budak di malam perayaan tahun baru harus dipuji kerana mempamerkan langkah positif mendekati anak muda yang merempit dan juga berbasikal lajak. Mungkin malam tahun baru selayaknya menjadi gelanggang anak muda menguasainya. Cuma janganlah ditambah rempah ratus dengan galakan songsang hendonisme. Maka nantinya akan menambahkan jumlah angka kelahiran anak tidak sah taraf selepas 9 bulan 10 hari malam sambutan tahun baru..
Benua selatan menyambut 1 Januari 2019 dengan memulakan langkah ke sekolah. Tidak ada sebarang cuti sambutan yang diberikan. Sama seperti negeri² Melayu Tidak Bersekutu yang lain. Memulakan langkah ke sekolah pada hari pertama Tahun Baru.
Mungkin keadaan di Kelantan dan Terengganu, dua "Darul Islam" agak mencemaskan dek kerana ancaman taufan pabuk yang menjengah manja perairan keduanya. Namun dek keberkatan amalan Islam penduduk dan kepimpinannya, Allah menyelamatkan negeri mereka daripada bala bencana...
Ancaman asteroid yang dikatakan mendekati planet ini pada 13 Januari dan juga 1 Feb antara topik hangat yang diperbincangkan di luar negara. Di Semenanjung emas, topik tersebut seolah tidak dianggap kritikal. Meski beberapa ustaz ada memberikan amaran peringkat kuning berkaitan ad Dukhan, dan kegelapan 17 hari dalam bulan Feb, yang mungkin boleh dikaitkan dengan kemunculan asteroid bersaiz mega itu, namun segala² terserah kepada kekuasaan dan kehendakNya. Kita hanya disuruh menambah amal ibadah, atau meneruskan kegiatan sebagaimana biasa. Kedatangan asteroid tersebut bukanlah memberi ertinya kiamat , tetapi ianya dianggap sebahagian daripada proses kiamat itu sendiri. Disyarahkan bahawa asap yang disebutkan dalam hadith berkaitan 10 tanda kiamat ialah asap yang bakal menyelubungi bumi yang merosakkan kaum kuffar namun muslim hanya akan seolah demam selsema sahaja.
Bagi penulis tahun baru masehi yang baharu hanya pada angkanya sahaja...
Wallahu a'lam
Ulasan