Bila Anak Menteri Ditangkap : Sorotan Awal Tahun Baru



Berita yang agak panas muncul tatkala tahun baru 2019 baharu sahaja melalui lima hari dan harga petrol baharu sahaja diumumkan turun pada hari ini. Namun, reaksi balas Menteri Pertahanan adalah sebagaimana berikut



Ya, sebagai seorang bapa yang mempunyai latar belakang Islam dan pejuang , tentu sahaja berita seumpama ini agak menyedihkan. Namun, iman itu bukanlah boleh diwarisi. Hatta anak Nabi Allah Noh juga tidak mengikuti ajaran bapanya. Anak nabi Allah Adam juga berbunuh² kerana masalah dunia. Ianya adalah iktibar kepada manusia dimana perkara seumpama ini akan senantiasa berulang agar manusia menjadi cekal dan sebagai ujian bagaimana mereka menghadapi situasi tersebut. 

Walau bagaimanapun, untuk situasi dan kapasiti beliau selaku Menteri Pertahanan, adalah agak dikhuatiri wujud seperti bias dalam kes seumpama lagi. Ianya sudah barang pasti akan menjadi modal besar kepada pihak pembangkang untuk memberikan kata dua 'check-mate' kepada menteri sama ada meletakkan jawatan, atau terus dihantui bayangan kewujudan bias dalam tindakan pihak berkuasa. Namun sekiranya kita dapat menyelami falsafah kerajaan baharu yang ditubuhkan pada 9 Mei 2018, adalah secara umumnya, kita boleh mempercayai bahawa tidak akan ada lagi sebarang unsur campurtangan menteri dalam perkara² yang memberikan bias terhadap dirinya.

Apa pula yang akan berlaku apabila kapisiti beliau selaku presiden salah sebuah parti Islam yang menjadi komponen PH? Adakah ahli akan mempersoalkan kredibiliti beliau..?

Wallahu a'lam


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol