Sekatan di Dalam Masjidil Haraam

Masjidil Haraam sekitar rejab 1440 masih bergelumang dengan projek yang tidak pernah siap. Pengalaman penulis yang diberikan nikmat hadir menjadi tetamunya di tahun 1991, 2012 dan kini memperlihatkan pengalaman bangunan masjid yang senantiasa berada dalam keadaan penambahbaikan atau baikpulih yang tidak pernah ada kesudahannya.


Berkunjung ke masjid yang menjanjikan 100 ribu kali ganda pahala untuk muslim yang solat didalamnya pada kali ini menyaksikan lautan manusia yang begitu ramai. Mungkin kerana bulan Rejab peningkatan jemaah untuk mengunjungi baitullah ini begitu menggalakkan. Jika masuk ke masjid ini melalui pintu dari arah bangunan menara jam, maka kita akan bertemu dengan beberapa sekatan yang dibuat oleh polis saudi yang sedia berkawal. Kotak-kotak berwarna hijau akan dipasang di beberapa ruang, khususnya antara 40 ke 30 minit sebelum azan dikumandangkan. Tidak dapat dibaca apa sebenarnya motif penutupan jalan menuju ke mataf dibuat sedangkan sebenarnya dengan menutup beberapa jalan ke sana tambah sesak adanya.



Jika kita terlewat untuk ke masjid, khususnya selepas azan berkumandang, maka sudah pasti kita mungkin akan hanya akan dapat solat di aras bawah masjid. Namun, ianya disediakan dengan permaidani lusuh tebal yang berwarna hijau. Jika kita berjalan jauh sedikit ke dalam, kita akan menemui lebih banyak saf yang dibentuk dengan permaidani berwarna merah. 


Jika kita berazam untuk solat di dataran kaabah, semoleknya kita ke masjid paling lewat 30 minit sebelum azan. Meskipun ada sekatan jalanraya yang dibuat di dalam masjid, namun jika kita boleh dan gagah untuk berjalan agak jauh, kita akan bertemu dengan satu lorong yang dibuka untuk menuju mataf. Selepas menuruni satu escalator, maka kita sudah berada di ruang masuk ke mataf. Ataupun, jika ada sekatan, kita akan terus terarah ke ruang mataf melalui arah antara iraqi dan yamani. 



Jika kita ada niat untuk lebih dekat dengan kaabah, maka kita cuba untuk tawaf sunat beberapa minit sebelum azan fardhu berkumandang. Tatkala tawaf, apabila azan dikumandangkan, jemaah akan mula berdiri di hadapan kaabah membentuk saf. Keadaan mungkin agak sesak, namun memberikan nilai untuk solat berhampiran kaabah. Untuk mencapai jarak yang lebih hampir, mungkin kena tawaf lebih awal dan menysup masuk lenih hampir ke kaabah semasa pusingan beberapa minit sebelum azan.

Sebenarnya wujud beberapa saf yang berpermaidani berhampiran kaabah namun ruangnya agak sempit dan terbatas. Polis saudi akan menjerit² memarahi muslimat yang cuba berdiri di saf lelaki. Penulis tidak faham dengan kefahaman sebahagian muslimat yang buat² selamba berdiri untuk solat dalam saf lelaki berhampiran kaabah!!...Mungkin mereka terikut dengan rentak fahaman aminah wadud atau liberalisasi di kaabah telah mula bertunas...wallahu a'lam..

Apa yang uniknya, tiada sebarang halangan sejak zaman kerasulan Muhammad Rasulullah  ﷺ , sehingga baginda berjaya menakluk kembali Makkah, untuk muslimin dan muslimat tawaf bersama di kaabah. Semua dilayan sama rata untuk itu, kecuali tiba waktu solat dimana saf muslimin dan muslimat akan diasingkan. 

Sejarawan menyatakan pada zaman kekhalifahan Umayyah, pentas haji dan umrah telah digunakan oleh para wanita pada zaman tersebut untuk mempamerkan kejelitaan wajah masing² kerana larangan untuk menutup wajah tatkala bertawaf.

Wallahu a'lam




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol