Lawatan luar sekitar makkah

Adalah menjadi amalan wajib untuk mana² travel agency yang mengelolakan ziarah umrah untuk melaksanakan ziarah luar di mekah sebanyak dua kali untuk menjadikan bilangan umrah yang dilaksanakan oleh jemaah sebanyak tiga kali sekurang-kurangnya di sepanjang ziarah mereka ke makkah. Ziarah luar tersebut adalah untuk membolehkan jemaah bermiqat di dua lokasi yang telah ditentukan, iaitu yang pertama di masjid jaaronah dan kedua di masjid hudaibiyah.



Ziarah pertama pada isnin 18 rejab 1440 berlaku seawal jam 7.00 pagi dimana jemaah telah berkumpul memenuhi ruang lobi hotel aras 3 Dar ieman safwa. Seusai solat subuh sekitar jam 5.40, jemaah sudah mula berasak untuk kembali ke hotel bagi menikmati sarapan pagi. Bagi jemaah penulis yang tinggal hanya 50 meter daripada dataran masjid, pergerakan pulang ke hotel tidak menjadi masalah yang besar. Dewan makan mula dibuka sekitar jam 6 pagi. Oleh itu, bukanlah sesuatu masalah untuk berkumpul seawal jam 7 pagi. Namun, pada masa yang dijanjikan, tetap wujud jemaah yang tidak turun tepat pada waktunya. 

Ruang lobi aras 3 itu kelihatan tidak pernah sunyi daripada para pengunjung yang ingin melaksanakan ibadah umrah dan ziarah. Jemaah daripada Indonesia paling ramai kelihatan memenuhi ruang lobi. Namun jemaah kumpulan penulis mampu berkumpul dan boleh mengenali antara ahli jemaah.

Sekitar jam 7.30 pagi, kami bergerak turun ke dataran bas. Mentari pagi sudah agak terik. Jika di negara sendiri, jam 7.30 pagi masih agak kelam keadaannya. Di dataran hotel, manusia sudah melaut ramainya menunggu bas untuk ke destinasi masing². Selepas ditentukan bas, kami bergerak menaiki bas. Pemandu bertugas seorang rakyat indonesia yang kelihatan masih muda belia. Katanya, beliau sudah bertugas di saudi sejak 10 tahun lepas...

Lokasi pertama kami ialah ke Jabal Thur, iaitu lokasi dimana Nabi dan sahabatnya Abu Bakr berlindung semasa dalam peristiwa hijrah ke Madinah. Kami hanya melihar dari kejauhan akan gunung tinggi tersebut. Terbayang bagaimana Junjungan dapat berlindung salam 3 hari dipuncak gua tersebut yang agak tinggi dan bekalan makanan disalurkan oleh anakanda Abu Bakr iaitu Asma'


Kami kemudian bergerak menuju ke Jabal Rahmah dan juga Al Mashair atau lokasi mengerjakan ibadah wukuf dan bermalam di muzdalifah. Lokasi terletak kira² 23.2 km daripada al haraam. Kami turun di lokasi yang kelihatan dipenuhi dengan jemaah daripada pelbagai negara. Di sana, ramai juga yang memanjat naik ke jabal rahmah yang dikatakan lokasi pertemuan semula Adam dan Hawa selepas terpisah agak lama. Kunun katanya doa di sana makbul khususnya untuk mengeratkan jodoh dan sebagainya, namun ianya tidak ada kesahihan.


Dipersekitaran jabal rahmah, banyak sekali gerai kecil jualan. Kekacang dijual dengan harga agak murah. Begitu juga dengan jubah wanita dan lelaki. Terdapat juga asikrim arab di sini berharga sekitar SAR5. Menarik di saudi ini, tiada terjumpa aiskrim jenama asing seperti di negara tanah tumpah darahku. Kesemua asikrim yang ditemui adalah dibuat sendiri. Bila negaraku nak mencontohinya?

Selepas 30 minit, kami kembali menaiki bas dan bergerak melewati kawasan manasik haji seperti padang arafah, mina, muzdalifah dan sebagainya...

Kami kemudian bergerak menuju ke masjid jaaronah untuk bermiqat. Lokasi terletak kira² 31.1 km daripada mashair. Di jaaronah, juga kedapatan pelbagai gerai jualan yang dibuka. Keadaan agak sesak dengan bas pelancong yang berasak parkir dihadapan ruang masjid. Masjid kelihatan agak kecil dan sempit. Mineral dijual di kedai jualan makanan dan minuman dengan harga sekitar SAR2 untuk botol 2 liter.

Jaaronah adalah lokasi masjid dimana Nabi dan sahabat baginda yang mulia bermiqat selepas pulang daripada peperangan Hunain. Ulama berpandangan bahawa lokasi miqat ini adalah paling afdhal untuk bermiqat. Junjungan ﷺ berada di sini lebih kurang 13 hari, sebelum berangkat menuju makkah untuk berumrah dan kemudian pulang ke Madinah.  Nama masjid ini dikatakan diambil daripada nama seorang wanita tua yang membersihkan kawasan masjid...

Jualan di sini lebih besar jumlahnya daripada di jabal rahmah. Harga lebih kurang sahaja. Keadaan menjadi agak lambat untuk bergerak kerana muslimat diperdayakan oleh jualan² yang ada. Sememangnya ia adalah daya tarikan untuk semua...

Kami meninggalkan jaaronah sekitar jam 11.38 pagi dan bergerak untuk menyelesaikan ibadah umrah di al haraam. Dalam perjalanan, kami melewati jabal nur, dimana lokasi pertama alquran diturunkan, perkuburaan maala dimana lokasi Khadijah al kubra dimakamkan dan juga masjid jin.

Kami tiba di terowong naik ke hotel sekitar jam 12.20, kira² 10 minit sebelum azan zuhur berkumandang...




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol