Masjid sejuk penghawa dingin ditutup....

Malam ke 19 daripada kiraan bulan zulkaedah tahun ke 1440 dari kiraan hijrah Ar Rasul, yang tidak lagi dihiraukan oleh kaum muslimin awam di hujung semenanjung emas kerana tiada lagi acara makan makan dan ketawa di rumah² terbuka....

Secara tiba-tiba penulis terkenang akan dialog antara penulis dan seorang ah moi semasa berada di tingkatan dua, di salah sebuah sekolah menengah di kawasan tengah gapura selatan. Ketika itu penulis dan beberapa rakan baharu sahaja kembali ke kelas selepas menunaikan solat asr.
Image result for tokong di kluang


"Itu surau ada kipas ke?" secara tiba² terpacul soalan itu daripada ah moi..

"ada la..."

"Uiiyooo..." dia seakan menjakun bersama dua tiga orang rakannya.

"di tokong tak ada kipas ooo. Panas...banyak asap..."

Dan perbualan itu mati di situ. Mungkin selayaknya ia disambung terus untuk misi dakwah. Sayangnya, ia terus berakhir tanpa sebarang usaha untuk diteruskan.

Barangkali, jika penulis dapat bertemu sekali lagi dengan ah moi tersebut pada kala ini, ingin sekali penulis mengungkapkan bahawa di masjid dan surau kami kini sudah di pasang penghawa dingin. Tentu melopong mulutnya dan terbeliak matanya yang sepet itu kerana penulis sangat percaya, di tokong masih belum ada wujud penghawa dingin. Tapi kalau dah ada sila beritahu...Dan tentunya yang lebih mengujakan jika diberitahu, masjid dan surau kami juga dilengkapi dengan permaidani tebal yang tenggelam tapak kaki tatkala memijaknya...

Kebanyakan masjid dan surau kini dilengkapi dengan penghawa dingin. Terdapat beberapa surau khususnya yang sangat dingin apabila dimasuki jamaah. Namun tidak juga dinafikan, terdapat surau yang agak 'berhati-hati' apabila memasang penghawa dingin, hingga sanggup membiarkan segala kipas dipasang pada waktu zuhur dan asar pada siang yang terik, membiarkan jamaah agak kurang selesa dan hanya memasang penghawa dingin pada waktu subuh sahaja!!!

Terdapat juga masjid yang agak ortodoks tidak memasang sebarang penghawa dingin pada bahagian ruang solat. Ironinya, bilik mesyuarat dan juga bilik musafir (dibaca : homestay) mempunyai kemudahan hawa dingin yang mendamaikan sang penghuni....

Wujud juga keadaan dimana ruang solat yang besar dan panjang hanya dengan satu sahaja penghawa dingin berkuasa 1.5 kuasa kuda. Bagaimana mampu menampung kehangatan jamaah?

Related image

Jika dibandingkan dengan masjid pada zaman rasul ﷺ tentu sahaja jauh berbeza. Zaman baginda ﷺ tiada penghawa dingin, apalagi kipas angin, jauh sekali blower jika dibandingkan dengan masjid kini dimana terdapat blower besar yang kadangkala menjadi sutrah untuk imam di masjid² yang tertentu. Namun masjid pada zaman baginda ﷺ jauh lebih meriah dan dipenuhi jamaah berbanding masjid pada zaman ini...Apakah teknologi yang salah atau pengguna teknologi yang bermasalah?


Ada riwayat yang menyatakan bahawa apabila cuaca terlalu panas, baginda ﷺ akan mengakhirkan / melewatkan sedikit solat zuhur namun apabila waktu sangat dingin, baginda akan menyegerakannya apabila masuk sahaja waktunya. Ini tidak lain dan tidak bukan untuk memberikan keselesaan kepada para sahabat baginda.

Jika dibanding dengan tokong dan kuil, ternyata masjid dan surau mendahului dalam penggunaan teknologi terkini...


والله أعلمُ










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol