Belakang Dia Suka....

Melewati beberapa minggu sejak syawal 1440 - tolak bahagi kira² 60 tahun sebelum turunnya Baginda Isa Al Masih dari menara putih masjid Umayyad di kota Damsyik..Topik belakang menjadi begitu hangat bersama jemputan sambutan hari raya hingga melahirkan istilah baharu yang dipopularkan media massa ...

Cerita suka belakang ini sebenarnya pernah menggemparkan negara sekitar tahun 1998 .. 21 tahun yang lampau hingga hampir sahaja pemerintah hegemoni negara semenanjung emas ini jatuh pada ketika itu. Rupa²nya Allah menetapkan selepas 20 tahun baharulah ianya jatuh di pintu undi marhaen....

Istilah suka belakang yang ingin penulis sampaikan ialah kesukaan seseorang kepada bercakap di belakang...bukan suka belakang ehem ehem...

Sememangnya penyakit suka bercakap di belakang seakan² melatari atau mungkin menghantui kehidupan sebahagian besar daripada kita. 

Sebagai contoh, dalam satu mesyuarat, sang hadirin hanya diam dan mengangguk² kecil sahaja. Meski di dalam hati berperang menentang pandangan daripada ahli mesyuarat. Meski dalam hati berbuku tidak menyetujui pandangan yang menjadi mainstream. Namun ia enggan bersuara. Jika sedikit baik, berkebetulan berkongsi meja dengan rakan yang dianggap sealiran atau sefahaman, golongan ini hanya berbisik² kecil memprotes pandangan massa yang dibentang dalam mesyuarat. Namun ianya tidak disampaikan dalam mesyuarat tersebut.

Apabila mesyuarat berakhir, maka bermulalah ia menjual akan pandangannya yang sayangnya hanya seumpama angin berlalu sahaja bahkan boleh dianggap sebagai pemecah kepada kesepakatan yang telah dicapai dalam mesyuarat.

Golongan seumpama ini boleh dianggap merugikan medium sedia ada dimana sebenarnya dalam mesyuarat itulah masing² diberikan peluang untuk berhujjah sehingga dapat mendatangkan satu keputusan yang benar-bernar bersifat win-win situation. Memang kerap juga berlaku apa yang disepakati dalam mesyuarat tidak dipatuhi dalam reailiti sebenar pelaksanaan. Namun sekurang²nya kita telah terselamat daripada ancaman lainnya.

Image result for belakang suka

Sebagai contoh yang lain, kita selaku ahli parlimen misalnya, jika kita hanya duduk terperuk di bangku parlimen semasa sesi  perbahasan tanpa membawa suara rakyat kawasan, maka kita adalah dianggap sebagai melanggar amanah yang telah diberikan oleh rakyat untuk memperjuangkan sesuatu isu. Jika kita sebagai ahli dalam sesuatu kesatuan misalnya, kita telah duberi kepercayaan melalui peti undi untuk membawa suara rakan² yang mengundi kita atas kepercayaan bahawa kita mampu, namun akhirnya kita tidak pernah hadir dalam mesyuarat seterusnya kerana mungkin keciwa dek kerana beberapa tuntutan kita seolah tidak dilayan. Kita anggap bahawa ianya satu protes untuk kita. Tetapi sebenarnya, kita telah merugikan kepercayaan dan amanah yang telah diberikan oleh rakan² kita...

Dan yang paling menyayat hati ialah kita mula menjadi duri dalam daging dengan menyeru kepada perpecahan daripada jamaah sedia ada dengan perasaan yakin dan bangga kununnya berada di pihak yang benar.

Bukankah kesepakatan itu sangat dituntut dan keluar dari jemaah itu adalah sesuatu yang dibenci? Kekuatan kita adalah dalam jamaah dan kelemahan kita apabila berseorangan seperti kambing yang terkeluar daripada gerombolannya?

Related image

Sesungguhnya akibat daripada kesukaan untuk bercakap di belakang adalah negatif dan boleh membawa kepada keruntuhan sesebuah ikatan jamaah. Adalah lebih molek dan mulia untuk kita bercakap menegakkan kebenaran dan berkongsi pandangan serta menerima konsensus bersama demi mencapai kesepakatan untuk kebaikan bersama. Biarlah kita dianggap sebagai pembangkang dalam sesuatu jamaah dan kita masih kekal utuh bersama dengan kepimpinan sedia ada. Jika kita merasakan perlu ada perubahan pada pucuk pimpinan, maka kita adakan perubahan dengan mencari bakat yang lebih berkelayakan. Bukan dengan bercakap belakang dan kemudian meninggalkan jamaah yang ada. Dan yang lebih bahaya cuba menyebar luaskan pula ideologi kita kepada orang lain agar meninggalkan jamaah sedia ada.

Dalam konteks bernegara, meninggalkan jamaah sedia ada adalah sesuatu yang boleh dianggap tidak bermoral. Apa yang berlaku dalam kem Ali semasa pemerintahan baginda dimana munculnya golongan khawarij yang pada asalnya merupakan pengkagum baginda dan akhirnya menentang baginda selepas peperangan Siffin dan kelompok ini hampir sahaja dihapuskan di medan nahrawan, namun saki baki mereka menyusup dan berjaya menimbulkan kekacauan demi kekacauan dalam daulah islam ketika itu hingga terbunuhnya baginda pada subuh 21 Ramadhan di masjid kufah. Apakah punca kemunculan kelompok ini? Kegagalan mereka untuk mematuhi baiah dan kepimpinan baginda dek kerana kesilapan mereka dalam mentakwil ijtihad Ali berkaitan peperangan Siffin dimana sebahagian tentera Ali mahu menghentikan peperangan dan sebahagian lain ingin meneruskannya selepas tentera Muawiyah menggantung al quran di hujung tombak mereka dan menyeru slogan, 'marilah kembali kepada al quran'. Ali sendiri sebenarnya mahu meneruskan peperangan tersebut namun mengalah dan menerima pandangan majoriti. 

Gunakanlah medium mesyuarat dengan sebaiknya. Tinggalkanlah kesukaan kepada belakang dan marilah kembali kepada perintah Allah dalam surat As Syura ayat 38

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُون


Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya.
dan surah al imraan ayat 153
إِذْ تُصْعِدُونَ وَلَا تَلْوُونَ عَلَىٰ أَحَدٍ وَالرَّسُولُ يَدْعُوكُمْ فِي أُخْرَاكُمْ فَأَثَابَكُمْ
غَمًّا بِغَمٍّ لِّكَيْلَا تَحْزَنُوا عَلَىٰ مَا فَاتَكُمْ وَلَا مَا أَصَابَكُمْ ۗ وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

والله أعلمُ


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol