Berterusan Memarak perpecahan
20 Muharram 1441 tahun selepas perisitiwa hijrah Ar Rasul
Jumaat yang mulia, di salah sebuah masjid jame di tengah² gapura selatan, khutbah bertajuk menolak perpecahan umat. Tajuk memang agak mengujakan. Namun, isi kandungan tidak lain dan tidak bukan, menyerang para pengikut 'wahabi' (dibaca salaf). Antara isi kandungannya,
'....perpecahan umat adalah disebabkan munculnya golongan yang membidaahkan amalan bacaan yasin di malam jumaat, tahlilan kematian, maulid dan sebagainya yang mana ianya adalah merupakan amalan yang telah lama dibuat oleh ulama² sejak dahulu...."
Rupanya amalan tersebut dijadikan trade-mark terhadap ajaran amalan ahli sunnah wal jamaah aliran asya'irah dan al maturidiah yang acapkali dilaung²dalam siri khutbah Jumaat mingguan.
Ini membawa maksud bahawa , tanpa amalan yang disebutkan ini, aqidah pengikut aliran ini akan rosak dan akan muncul bahaya perpecahan ummah.
Penulis ini menyorot sejarah dimana sewaktu makkah belum dikuasai oleh bani saud yang disokong oleh ulama Muhammad Bin Abd Wahab (dimana pengikutnya disabitkan kepada namanya, lalu digelar al wahabiah) solat berjemaah akan dibuat mengikut mazhab. Maknanya, disekeliling kaabah diletakkan kawasan solat untuk pengikut syafieyah, malikiah, hanabilah dan hanafi. Ertinya solat fardhu dibuat empat kali mengikut mazhab. Apabila bani saud menguasai hijaz, solat berjemaah baharulah disatukan dibawah pimpinan satu imam sahaja pada setiap waktu. Adakah golongan ini dikatakan agen kepada perpecahan atau agen kepada perpaduan?
Golongan yang digelar wahabiah ini jugalah yang membongkar segala binaan di atas kubur para wali dan sahabah yang mana manusia pada waktu itu terlalu mengagungkan kubur² para ulama dan wali, adakah itu satu kebenaran atau membawa perpecahan?
Adakah dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar itu satu elemen penyumbang perpecahan atau keluar daripada garisan sebenar ajaran Nabi ﷺ satu elemen yang membawa kepada kesepaduan ummah?
Jika bacaan yasinan malam Jumaat itu baik, mengapa tidak diteruskan untuk dibaca setiap malam selepas maghrib?
Jika bacaan tahlilan itu afdhal, kenapa tidak dibuat bacaan tahlilan itu setiap kali selepas solat fardhu?
Jika maulid itu wajib diraikan, mengapa tidak dibuat majlis maulid di masjid dan surau setiap hari?
Ulasan