Parkir Masjid
Melewati Asar 21 Muharram 1441 daripada kiraan tahun hijrah Ar Rasul...
(Gambar tidak ada kena mengena dengan coretan ini)
Hujan yang membasahi bumi kawasan tengah Gapura Selatan adalah amat disyukuri dek penduduknya. Manakan tidak, sudah hampir seminggu tanah ini kegersangan tanpa titisan hujan. Yang ada hanya jerebu mencapai 150 pada bacaannya...
Masuk ke parkir kawasan masjid dua tingkat. Parkir itu disusun dengan garisan penentu. Kawasan yang tidak berapa luas itu hanya boleh memuatkan sekitar 10-15 buah kenderaan sahaja. Itupun, tiga kawasan utama telah direseve untuk tiga jawatan utama masjid, iaitu pengerusi, timbalan dan juga setiausaha serta bendahari. Parkir imam seperti tersorok agak jauh dan reserve imam seolah ada dengan tidak. Ada juga reserve untuk penasihat kalau tidak silap penulis. Oh, maknanya parkir berhampiran atau halaman masjid adalah khusus untuk lima kenderaan utama sahaja. Selain itu, jemaah yang hadir kena mencari sendiri diluar ruang pagar masjid.
Ada juga jemaah yang agak nakal, masuk sahaja ke ruang parkir VIP yang telah disebutkan tadi. Biasanya sang VIP, khususnya yang berempat itu jarang diisi. Mungkin VIP tersebut lebih senang menunggang motor ke masjid. Namun parkir pengerusi biasanya ada dihuni oleh tuannya. Jangan tersilap masuk ke parkir pengerusi. Silap² tuan punya parkir akan parkir dibelakang kenderaan jemaah yang nakal dan tidak tahu 'adab' itu hingga menyebabkan jemaah yang hendak segera beredar terpaksa menunggu tuan punya parkir yang sebenar beredar terlebih dahulu.
Ada masjid yang hanya menyediakan parkir untuk imam sebanyak dua set dan juga parkir OKU satu set. Ianya lebih terpuji dan memadai. Jawatan yang bermepat itu bukanlah sesuatu yang sangat eksklusif hingga perlu disediakan parkir khas. Bukankah masjid ini kawasan wakaf...mengapa perlu dipajakkan tapak² khas untuk AJK utama yang berempat itu? Adakah mereka juga akan dipajakkan tapak khas sewaktu di mahsyar kelak? Adakah wujud dalil syarie yang membolehkan mereka diistimewakan berbanding jemaah yang lain?
Namun, ada juga kenderaan yang parkir di hadapan tangga utama walhal lokasi tersebut adalah kawasan larangan meletak kenderaan. Namun yang memakir bukanlah calang² manusia. Ada nama dan kedudukan bahkan dihormati dan dimuliakan....
Adakah manusia akan menunggang agama demi menaikkan nama dan prestija diri?
Moga Allah melindungi kita semua daripada menjadi mangsa talbis iblis...
والله أعلمُ
Ulasan