Sarapan Pagi : Di Dapur Pak Usop

 10 Jamadil Awwal 1442

Jumaat yang berkah di bumi kawasan mukim tengah selatan semenanjung emas. Penulis berkesempatan menikmati sarapan pagi di warung Pak Usop yang terletak di taman majupadu. 

Antara yang menarik yang ditawarkan di sini ialah lontong darat, bubur berlauk, roti canai dan juga roti bakar. Terdapat juga jualan makanan goreng panas namun ianya hanya bermula pada sebelah tengahari.



Terdapat ramai juga pelanggan yang berkunjung untuk menikmati sarapan pagi di sini, dan boleh dikatakan kebanyakan mereka terdiri daripada staf pejabat kerajaan tempatan yang terletak tidak jauh dari lokasi.

Warung ini ditutup setiap hari Rabu. Harganya agak berpatutan ..

Kepada Allah diserahkan segala urusan


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol