Catatan Amalan Penduduk Pekan Kembar Gotham City
Rejab 1442
Antara amalan penduduk kota ini yang sepatutnya di catat ialah amalan mengerjakan solat sunat hajat sebaik seusai solat Maghrib di sepanjang perintah PKP, bermula Jumaat pertama 40 jemaah dibenarkan tidak mengira ajk masjid. Perintah ini juga dilaksanakan seusai solat Jumaat di masjid 40 orang.
Antara amalan mereka ialah mengerjakan solat sunat hajat secara berjamaah dengan menguatkan bacaan sepertimana bacaan solat sunat tarawih. Walau bagaimanapun, ada juga para imam yang mengerjakan solat sunat secara sir, meskipun pada waktu malam, iaitu seusai solat Maghrib.
Amalan membaca qunut nazilah di sepanjang PKP dilaksanakan pada rakaat akhir selepas ruku pada setiap waktu solat. walau bagaimanapun, terdapat juga imam masjid dan surau yang tidak mengamalkannya secara istiqamah.
Walau bagaimanapun, amalan bersalaman sambil menguatkan bacaan selawat sudah dihentikan seketika. Namun, wujud juga surau yang mengangkat bacaan solawat seusai imam membaca doa meski tanpa berjabat tangan. Hal ini berkemungkinan sebagai amalan yang diwarisi turun temurun dari ulama silam. Maka seolah janggal dan aneh apabila selesai membaca doa berjamaah, jemaah terus angkat punggung dan bertebaran pulang. Mungkin imam di masjid haraam juga perlu mencuntuhi para imam ini yang sangat mengangungkan junjungan besar Muhammad Rasulullah ﷺ tanpa perlu merujuk kepada pandangan ulama yang muktabar dan sohih. Mereka juga lupa melihat rakan dan sahabat masbuk yang masih terkial² menghabiskan bacaan solat dan agak terganggu dengan suara solawat yang diangkat keras dan padu memenuhi ruang solat.
Kepada Allah dipohon taufiq
Ulasan