Tirai 2022 - banjir
2 Jamadil Akhir tahun ke 1443 dari hijrah ar Rasul
Pembuka tirai tahun 2022 masihi adalah hujan dan banjir. Hujan turun tanpa henti sepanjang tempoh 2 Januari 2022 hinggalah muncul fajar sadiq 3 Januari 2022. Terkesan dengan bencana di Darul Ehsan dan Darul Makmur, serta tenggelamnya kampung penempatan keturunan alfonso di celah runtuhan a famosa, hujung benua selatan bersiap siaga menghadapi bah besar. Dengan ramalan pihak berautoriti mahupun pihak pemegang mohor besar konspirasi sejagat, maka timbul kegetaran di hati...apakah bah besar bakal menenggelamkan muka bumi?
Perancangan Allah dan taqdirNya tiada sesiapapun yang mampu untuk masuk campur. Penulis memerhatikan, acapkali, ramalan pihak berautoriti ataupun pihak konspirasi biasanya bercanggah jauh dengan kehendakNya. Bila diramal hujan lebat, hari cerah secerah pawana. Bila diramal kemarau panjang, Dia tetap menurunkan titisan hujan ke bumi. Maha Kuasa Allah, pemilik arasy yang agung. Tidak ada sesiapapun yang layak untuk campurtangan dalam urusanNya.
Sang penganut konspirasi usang terus terusan memukul gendang, bencana alam adalah hasil tangan konspirator menggunakan teknologi HAARP. Bahkan timbul gambar² menunjukkan bahawa konspirator sedang merancang bah besar untuk menenggelamkan sejumlah besar umat manusia bagi memudahkan mereka mencapai New World Order dengan lebih mudah, selepas kegagalan menjadikan pandemik sebagai pembunuh utama...alahai...
Ulasan