Kisah kisah buli : Zaman Sekolah Rendah

 15 Jamadil Awwal 1443

Hari ini negara semenanjung emas masih lagi berada dalam mood musibah akibat bencana alam berupa banjir yang menyerang beberapa negeri dalam persekutuan. Bermula pada pagi sabtu lepas, kita dikejutkan dengan tiga tragedi besar iaitu

  1. Kemalangan maut yang melibatkan kematian 8 sekeluarga akibat rempuhan lori yang melanggar kenderaan sekeluarga yang rosak dan berhenti di tepi lebuh raya
  2. Hujan lebat dan bencana banjir di sekitar selangor disulami program mesyuarat agong parti bunga raya serta majlis makan² sang bendahari bersama pasukan simpanan;
  3. kemunculan virus omicron sebanyak 13 kes yang dikesan di negara ini

Apabila berbicara kisah buli yang mula ditenggelami aliran banjir, maka penulis terkenang kisah² pembulian pada zaman persekolahan. 

Tatkala berada di sekolah rendah, dalam darjah satu, penulis memulakan persekolahan di SRK Long Jaafar Taiping Perak. Bapa penulis menghantar penulis hanya dengan berbasikal sahaja. 

Buli pada waktu dan ketika itu adalah bersifat kecil-kecilan. Penulis dibuli dengan ugutan untuk menyerahkan sejumlah wang. Pembuli adalah dari kalangan darjah tiga dan ke atas. Setiap kali bertemu, pembuli akan meminta wang beserta ugutan. Namun tidak pernah pula kekerasan dilakukan.

Akhirnya, kerana tidak tahan dengan tekanan sang pembuli, aduan dibuat kepada bapa penulis. Dan bapa penulis telah datang ke sekolah, menemui sendiri sang pembuli dan seterusnya memberikan amaran. Guru juga bertindak memberikan amaran kepada sang pembuli dan menjamin bahawa anak bapa tidak akan dibuli lagi. Dan berakhirlah kisah buli di sekolah rendah dalam lipatan sejarah sang penulis.

Dalam menangani kes buli di sekolah kebangsaan, jika masih wujud, ibu bapa dan guru perlu bekerjasama untuk membenteras budaya tersebut daripada terus berleluasa. Bukan hanya kempen ponteng sifar, atau kempen anti dadah atau anti rokok. Kempen anti buli juga perlu diwujudkan bermula dari peringkat sekolah rendah. Jika kini ada guru khas yang dilantik bagi menangani kempen anti dadah dan rokok, mengapa tidak dilantik juga guru khas yang menangani budaya buli?

Kepada Allah diserah segala urusan...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol