Anak muda selaku pemimpin
2 Syaaban 1443 Jumaat yang berkah
Pada petang semalam berlangsung satu program webinar bersama tokoh melalui medium zoom. Antara lain, panel jemputan menyuarakan keinginannya untuk melihat negara ini dipimpin oleh golongan muda. Sudah tidak cukupkah kita dipimpin oleh warga tua ujarnya.
Pandangan beliau ada kebenarannya. Kita pernah dipimpin oleh PM paling tua dalam sejarah, iaitu berusia 93 tahun dimana kabinetnya terdiri daripada seorang yang paling muda berusia sekitar 25 tahun...
Panel juga menyatakan bahawa hampir 30 tahun beliau berkecimpung dalam dunia kewartawanan serta memahami keadaan politik dan beliau melahirkan perasaan bahawa selepas 30 tahun, pemain atau aktor politik pada waktu 30 tahun lampau adalah masih sama dengan hari ini!!
Kita biasa dimainkan dengan hikayat bersendi agama dimana pemimpin perang paling muda dalam sejarah islam dan dunia ialah dipikul oleh Usamah bin Zaid, yang tatkala itu berusia sekitar 18 tahun untuk memerangi rom, dimana baginda menghantar pasukan ini yang merupakan pasukan terakhir yang dihantar oleh baginda menjelang kewafatannya yang menyebabkan pasukan ini tertangguh untuk bergerak.
Bahkan penakluk konstinopel , Muhammad Al Fatih juga dikatakan berusia sekitar 20an apabila berjaya menawan kota tersebut yang begitu lama menjadi idaman kerajaan Ottoman.
Namun kadang² kita terlupa di negara kita, hatta untuk memilih imam di surau pun, jarang menampilkan wajah muda berusia belasan tahun. Apalagi untuk melantik mereka selaku AJK masjid dan surau?
Tidak dinafikan..ada masjid dan surau yang membuka ruang tersebut. Tulisan ini mensasarkan kelompok majoriti dalam masyarakat yang masih teguh untuk meneruskan ijtihad bahawa kepimpinan bukan milik para pemuda. Ianya mungkin jatuh ke tangan pemuda jika berlaku kematian tanpa jangka di pihak pimpinan tua..
Maka kita biasa melihat pimpinan berusia di kalangan AJK masjid. Bahkan bukanlah perkara asing jika bacaan tuan imam sendiri banyak kesilapan dari segi makhraj al huruf yang mana makmum di belakang lebih fasih bacaannya...namun dek kerana ego atau entahkan sikap, kepimpinan surau atau masjid tetap didominasi oleh golongan berusia tanpa sedar.
Apalagi kepimpinan di peringkat kampung atau taman. Hampir semua didominasi golongan berusia. Jika ada pun, biro rakan muda akan diserahkan kepada yang lebih belia.
Maka kita pada hari ini mahu bercakap soal kepimpinan muda untuk mengambil alih negara?
Ianya seolah kumpulan burung pemakan bangkai yang mahu membuat promosi JANGAN MAKAN BANGKAI namun lupa mereka adalah merupakan pemakan bangkai yang tegar..
Tentu ketawa burung lain mendengar kempen aneh tersebut meski kumpulan burung pemakan bangkai itu bersungguh dan sanggup bersumpah, mereka adalah berbeza dari kelompok asal, namun adakah makhluk lain akan percaya?
Golongan tua dan muda perlu bersama² memimpin. Golongan berusia perlu melatih dan groom golongan muda untuk mengambil alih kepimpinan. Jika hanya menanti mati baharu hendak ambil alih, sunnah itu akan diteruskan oleh pihak selepasnya dan hasilnya, tiada sebarang bentuk reform yang mampu dibuat. Seqadar gegak gempita sahaja..
Kepada Allah diserah segala urusan..
Ulasan