Hari kedua di Hydrabad
2 Jamadil Akhir 1444
Hari kedua di negara terasing. Malam pertama di rumah tetamu (?). Tiada apa yang boleh dilakukan melainkan menjawab wassap, menonton youtube setelah bosan menonton filem netflix. Isteri yang dipanggil melalui whatsup video memberikan satu idea untuk pulang segera. Penulis segera menghantar wassap kepada pihak syarikat merayu untuk ditukarganti dengan petugas yang lain. Mana mungkin boleh menunggu di sini sehingga pesakit selesai?
Keluar dari bilik sekitar jam 10 pagi dek kerana begitu sukar untuk bangun. Ntah mengapa kelesuan menghimpit diri. Tidak tahu hendak kemana, terus melangkah ke hospital dengan nawaitu hendak melawat.
Dari kejauhan penulis nampak kelibat dr muslim semalam. Beliau lantaa menyapa,
"Where are you?"
Penulis kurang faham pada mulanya sapaan itu. Adakah dia memang mencari penulis dari pagi atau apa?
"Where are you?"
Dengan agak tersipu penulis menjawab, "Im here"
Dia meneruskan soalannya dengan lebih spesifik, " You are in Malaysia or India?, you walk like in Malaysia, not in India..."
Penulis baharu dapat mentakwil maksud beliau. Maknanya penulis berjalan dengan pemikiran yang berada di Malaysia, bukan di bumi yang sedang dipijak.
Dia bertanyakan lokasi guest house penulis dan bertanya harganya. Selepas dimaklumkan beliau mengatakan guest house tersebut mahal. Penulis menjelaskan bahawa hanya mengikut petunjuk yang beliau berikan semalam. Selepas sign board warna merah dan selepas farmasi. Beliau kemudian berjalan mengiringi penulis ke guest house yang kami berdua maksudkan. Benar, penulis tersalah lokasi. Beliau lantas menunjuki penulis ke guest house yang lebih murah yang hanya beberapa langkah sahaja selepas guest house yang penulis menginap semalam.
Guest house yang ditunjuki adalah kecil sedikit biliknya namun menawarkan harga yang lebih kurang, 700 rupee semalam. Penulis bersetuju untuk menginap di situ.
Kemudian dr muslim mengajak penulis makan selepas ditanya beberapa kali mengenai status halal food di kawasan tersebut. Beliau mengatakan tiada isu mengenai makanan disini kerana kebanayakan kedai makan menyediakan menu vegetarian.
Penulis dibawa masuk ke sebuah restoran kecil yang mana menunya hanyalah makanan dari tepung seperti tosa dan sebagainya. Sungguh sedap dan ranggup dengan kuah spicy. Berbeza berbanding di Malaysia!!
Disitu kami berkenalan lebih lanjut. Beliau adalah dr hafiz yang juga seorang hafiz alquran, imam dan mufti di lokasi tempat tinggalnya yang dikatakan agak jauh dari hospital.
Selepas makan, kami bergerak keluar untuk minum teh pula di warung lain. Warung muslim katanya. Teh yang disediakan dalam gelas kertas kecil. Rasanya sangat sedap dan menyegarkan. Teh halia...
Seusai menikmati secangkir teh panas, kami bergerak ke hospital. Penulis melawat pesakit di wad icu. Kemudian penulis kembali ke penginapan.
Hiruk pikuk jalan berhadapan hospital di tengahari berdebu agak merimaskan. Adalah lebih molek untuk berada di dalam bangunan. Jalan sempit dan kenderaan penuh sesak dengan setiap kenderaan akan membunyikan hon masing- masing.
Beberapa ketika sebelum maghrib, penulis keluar semula untuk mencari makanan. Dek kerana terpesona dengan kegaringan tosa sarapan pagi, penulis berjalan menuju ke lokasi tetapi hampa kerana telah ditutup. Maka penulis berpatah semula mencari kedai yang berhampiran. Sememangnya wujud sebuah restoran berhampiran guest house. Lalu makanan yang sama seperti pagi tadi ditempah.
Sampai di penginapan, konon hendak makan, tetapi selera menjadi hilang. Bilik penginapan baharu bernilai 700 rupee semalam menghidangkan dua buah katil tetapi dibayar dengan hanya satu katil sahaja. Dibuka TV tiada yang dapat difahami dari monitor yang dipaparkan.
Maka akhirnya hanya melayari netflix daripada alat yang ada ditangan. Mujurlah ada wifi percuma, walaupun tidak sekuat di penginapan pertama.
Apabila membuat panggilan ke tanah air, isteri memberikan idea untuk memohon agar dapat pulang segera. Betul juga. Penulis ada beberapa kerja yang perlu diuruskan.
Maka wassap dihantar kepada pihak pengurusan untuk memohon kepulangan segera.
Keesokan paginya, apabila dibuka wassap, berita gembira menjelma...tiket untuk pulang telah dibooking pada pagi 27 Dis 2022 ..
Ulasan