Mengambil iktibar di Kota Madinah
Subuh 19 Jamadil Awwal 1444
- Subuh pertama di bumi Madinah selepas berjaya mendarat di lapangan terbang Madinah buat pertama kali sejak beberapa episod di dua tanah haraam;
- Lapangan terbang Madinah tidak sesibuk lapangan terbang King Abd Aziz di Jeddah. Para petugas di sana sudah pun bercampur antara lelaki dan wanita. Namun polis wanita masih memakai cadur hitam menutupi seluruh tubuh. Mereka bertugas agak cepat dan lancar berbanding tahun sebelumnya dimana polis lelaki akan bertugas sambil lewa sahaja di kaunter;
- Polis lelaki berperut gendut dengan pakaian fesyen slim fit masih lagi wujud selaku petugas;
- Azan pertama di bumi Madinah adalah sekitar jam 4.30 pagi. Manusia berbondong² menuju ke arah masjid an nabawi. Semasa perjalanan keluar daripada bangunan hotel, ditemui beberapa orang pemuda di sebalik tiang hotel cuba menawarkan abaya untuk dibeli. Tawaran dibuat dalam riyal saudi dan juga rupiah indonesia. Mengapa ringgi malaysia tidak boleh diperdagangkan di sana secara terus?
- Masuk ke masjid nabawi selepas azan yang pertama tidak memungkinkan anda untuk berada di kawasan berhampiran raudhah. Untuk masuk ke raudhah juga adalah mustahil kerana akhir² ini kerajaan Saudi mengenakan syarat untuk mengisi dan mendaftar dalam aplikasi untuk melayakkan masuk ke lokasi raudhah. Ada yang kata ianya menyusahkan. Tetapi bagi penulis, ianya agak lebih tersusun dan memenuhi keperluan. Ini kerana jamaah yang mahu masuk ke raudhah akan mendapat waktu yang tertentu tanpa perlu berebut dan juga dapat berada di sana dalam waktu yang agak lama dan puas tanpa perlu khuatir dengan herdikan polis nakal yang mengawal kawasan sekitar;
- Paling sempat pun, cuba masuk ke lokasi di bahagian belakang raudhah yang ditutup dengan penghadang boleh ubah. Itupun sudah cukup untuk disyukuri;
- Seusai solat fardhu, ada solat jenazah yang dikumandangkan untuk didirikan bersama;
- Setiap kali waktu solat tiba, manusia akan berduyun menuju ke rumah Allah meninggalkan bilik hotel, perniagaan, kedai dan sebagainya. Hanya sahaja mereka yang benar² degil atau uzur sahaja yang tertinggal. Maka tidak hairanlah dalam sebuah hadith ada menyatakan bahawa baginda صلى الله عليه وسلم pernah berazam untuk membakar rumah² penduduk madinah yang tidak hadir solat berjamaah;
- Namun, meski jamaah kita sudah berpuluh kali berulang-alik menunaikan umarh, namun iktibar atau semangat bersama jamaah setiap solat masih lagi kendur apabila berada di tanah air;
- Meski azan kedengaran sekuat mana sekalipun, yang hadir ke masjid atau surau yang melaungkan azan tetap tidak berubah jumlahnya dan masih lemah semangatnya;
- bilakah semangat untuk solat berjamaah di negara kita akan membara seperti halnya di kota madinah?
- Ada kemungkinan pemerintah memainkan peranan dengan mengadakan peraturan untuk menutup segala premis sebaik masuk waktu solat dan rondaan dibuat bagi menghalang manusia daripada melakukan perkara atau urusan lain apabila tiba waktu solat;
- Kerajaan Terengganu pernah hendak melaksanakan peraturan agar penduduk menghormati waktu solat fardhu dan tidak berkeliaran atau membuka premis atau menjalankan aktiviti untuk beberapa minit sehingga selesai solat di masjid namun pelaksanaan tidak dapat dipastikan;
- campur tangan pemerintah bagi melestarikan malaysia madani serta mewujudkan masyarakat bertaqwa adalah amat dialu alukan bagi merealisasikan masyarakat madani pencinta solat berjamaah;
- kepada Allah dipohon bantuan
Ulasan