Napolean Kecil
8 Syaaban 1444
- Hujan masih turun renyai dan kebanyakan lokasi di hujung semenanjung emas dan tengahnya sudah mula digenangi air. Paras sungai kebanayakkannya menunjukkan tahap waspada dengan tahap bahaya juga sudah mula menjengah tiba;
- Napolean adalah merupakan maharaja Perancis yang berkuasa dan ditakuti di Eropah. Bermula dengan seorang tentera yang akhirnya mengepalai revolusi Perancis dan menguasai negara dan juga benua Eropah;
- Napolean kecil adalah gelar untuk individu yang berada dalam sesebuah organisasi, tidak mempunyai kuasa secara formal tetapi mampu menggerakkan organisasi ke arah memenuhi kehendak dan kemahuan sendiri. Mereka mungkin seqadar pegawai kecil, kerani atau pun pembantu pejabat, tetapi pengaruh yang ada pada mereka mampu mempesonakan sang penguasa yang mengakibatkan organisasi berubah mengikut kehendak dirinya;
- Mereka mampu menghapuskan atau menukar rakan sepejabat ke pejabat lain dalam kadar segera bahkan merobah struktur organisasi mengikut kemahuan mereka, bukan kemahuan pengurusan ataupun majoriti organisasi. Ini disebabkan mereka mempunyai cita-cita besar tetapi merasakan tidak mempu untuk menggapai jawatan tinggi. Namun pengaruh serta kemahuan yang bergejolak mampu menundukkan golongan penguasa hingga sujud di kaki mereka secara tidak langsung;
- mereka ini boleh berada dalam sesebuah organisasi untuk beberapa lama tidak bertukar dan selamat walau angin ribut melanda sesebuah organisasi hingga menyebabkan majoriti rakan sejawat bertukar lokasi, tetapi mereka ini dapat mengekalkan kedudukan selesa demi menjamin matlamat mereka agar tercapai dengan menggerakkan orang lain yang dilihat mampu mencabar kedudukan dan pengaruh mereka .. jauh dari radius kedudukan mereka;
- Mereka ini kadangkala wujud dalam sesebuah keluarga, sesebuah parti, sesebuah kerajaan dan juga sesebuah pertubuhan ataupun organisasi pejabat;
- Naik gred pangkat bukanlah matlamat mereka tetapi menguasai pihak pengurusan tertinggi yang mempunyai akses kepada koridor kuasa adalah sesuatu yang sangat diimpikan oleh mereka demi menjaga kedudukan atau status quo sedia ada;
- Apabila didapati mereka gagal untuk mempengerahui seseorang penguasa, maka wujud keresahan dalam diri dan pelbagai kaedah dan cara diatur untuk mengkesampingkan orang yang gagal untuk dikuasai itu ke lokasi lain untuk menyelamat diri mereka. Jika gagal, maka mereka akan cuba mencari dahan lain buat berpaut demi meneruskan agenda busuk yang bersarang dalam dada mereka;
- Adalah amat malang jika sesebuah kesatuan menyimpan manusia seburuk ini dalam kalangan kepimpinan tertinggi kerana ianya hanya akan mengundang kepada keburukan dan kemunduran jalur pemikiran meneruskan perjuangan. Golongan ini hanya memikirkan kepentingan diri dan klan mereka semata² dan amat jauh sekali untuk memperjuangkan nasib golongan lain yang turut serta sebagai ahli. Mereka akan memperkudakan ahli lain demi kepentingan diri dan untuk mendapatkan sumber kewangan kesatuan;
- Kepada Allah diserahkan segala urusan
Ulasan