Ergonomik : Sudut Penting di pejabat
7-8 Syaaban 1444
- Hari permulaan hujan panjang di hujung selatan semenanjung emas juga merupakan hari permulaan penulis mengunjungi salah sebuah gedung menara di hujung selatan bagi menyertai sebuah kursus yang bernilai segulung sijil kompeten;
- Penulis mempelajari secara padat berkaitan kepentingan ergonomik dalam pekerjaan dan isu² yang melingkarinya;
- kedapatan isu-isu lebih menarik pihak swasta berbanding kerajaan : Mengapa? belum ada jawapan;
- Boleh jadi isu² berkaitan dianggap remeh oleh sesetengah pihak namun ianya boleh membantutkan produktiviti di jabatan;
- Sebagai contoh seorang pekerja yang kerap mengadu sakit tangan, bahu dan tengkuk semasa dan selepas bekerja. Lama kelamaan sakitnya mungkin akan menjadi lebih parah dan boleh mengakibatkan penyakit otot dan saraf;
- apa yang menarik ialah, guru kami menyatakan jika sekiranya pekerja dilepaskan untuk keluar minum seketika, kemudian keluar menguruskan anak dan kembali bekerja, ianya tidak merugikan majikan bahkan memberikan impak terhadap produktiviti dimana pekerja mampu merehatkan serta meregangkan tekanan kerja di pejabat untuk sementara waktu dan kemudian menyambungnya kembali dengan lebih ceria dan aktif;
- namun amalan dan persepsi biasa, apabila seseorang keluar minum, keluar mengambil anak dan sebagainya atau diertikan sebagai meninggalkan pejabat, maka dianggap ianya satu dosa besar yang mampu merobohkan sesebuah institusi;
- Namun pekerja juga perlulah mengambil inisiatif dengan tidak keluar secara beramai² hingga pejabat menjadi kosong, aktiviti tergendala dan kaunter kekurangan staf hingga membantutkan urusan, khususnya jika berurusan dengan orang awam;
- Malaysia madani perlu lebih sensitif dan cakna berkaitan isu seumpama ini agar sektor pekerjaan awam dan swasta menjadi lebih harmoni, dengan staf yang tidak menanggung tekanan kerja berlebihan sehingga mengganggu kesihatan dan produktiviti pula dapat dimaksimumkan;
- kepada Allah diserahkan segala urusan
Ulasan