Teguran Buat Sang Imam

 10 Syaaban 1444



  1. Adalah menjadi amalan di mana² masjid dan surau seluruh pelusuk dunia moden kini untuk mengejakan solat jahr dengan imam mengenakan alat pembesar suara;
  2. namun amalan membaca zikir selepas solat Fardhu dan berdoa dengan menggunakan pembesar suara hanya berlaku di sebahagian negara sahaja, khususnya di kawasan asia tenggara atau mana² yang diduduki oleh bangsa Melayu yang mendakwa merekalah yang disebutkan atau dimaksudkan dalam hadith junjungan صلى الله عليه وسلم sebagai bani tamim - ta mewakili TANAH manakala mim adalah MELAYU;
  3. Adalah perkara biasa juga tatkala bersolat jahr, terdapat gangguan pada alat pembesar suara - mungkin disebabkan oleh masalah penyambungan yang telah lama tidak diselenggara atau masalah bateri yang hampir menemui jalan penamatnya jika menggunakan blue tooth;
  4. namun apa yang janggal ialah sebaik sahaja pembesar suara bermasalah tatkala solat didirikan, seusai memberi salam, imam akan cuba memperbetulkannya disambut oleh sang bilal yang meluru ke bilik audio untuk membantu. Hasilnya berkumandang kuat sekali bacaan zikir hingga ke selesai doa tanpa menghiraukan jamaah yang masbuk;
  5. Adalah pelik jika sepanjang solat jahr suara imam hanya kedengaran di dalam ruang solat sahaja, tetapi seusai solat suara imam berzikir begitu ketara hingga ke luar daerah;
  6. Di belahan selatan pula, suara selawat seusai solat yang berlagu semakin kuat dilantuni dan seolah tidak sah berjamaah di mana² masjid atau surau yang gagal melantuni bacaan solawat dengan suara yang diangkat dibantu oleh pembesar suara;
  7. Pernahkah kita terfikir sejenak, apakah itu amalan dari Junjungan صلى الله عليه وسلم dan para sahabat juga para salaf as soleh sebelum ini, atau amalan ulama yang telah lama diamalkan sejak turun temurun?
  8. Penulis teringat akan satu petikan ceramah oleh salah seorang penceramah ulung yang berkiblatkan ilmu dari Yaman. Beliau terang menyatakan bahawa amalan bersanding itu adalah amalan turun temurun yang tentu ada kebaikannya dan beliau tidak sama sekali menghalang pelakunya dari meneruskan amalan tersebut;
  9. Hal ini bercanggah sama sekali dengan perjuangan secara istiqamah ulama terdahulu seperti almarhum ustaz ismail kamus yang begitu tegas menolak amalan melayu yang dianggap membawa anasir khurafat seperti bersanding dan sebagainya sehinggakan beliau menolak amalan nasyid yang mendendangkan kalimah syahadah;
  10. Apabila amalan hanya bersandar kepada amalan pendahulu dan kebanyakan pengamal, kita khuatir termasuk dalam kalangan yang disebutkan dalam surah Al An'am ayat 116

 وَاِنْ تُطِعْ اَكْثَرَ مَنْ فِى الْاَرْضِ يُضِلُّوْكَ عَنْ سَبِيْلِ اللّٰهِ ۗاِنْ يَّتَّبِعُوْنَ اِلَّا الظَّنَّ وَاِنْ هُمْ اِلَّا يَخْرُصُوْنَ
Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan.
  1. mari kembali kepada amalan yang diamalkan oleh Junjungan صلى الله عليه وسلم para sahabat dan salaf as soleh, nescaya kita akan selamat;
  2. Kepada Allah diserah segala urusan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol