Jumaat di Teluk Kemang - tiada pendoktrinan
19 Zulhijja 1444
Penulis bergerak dari lokasi tempat tinggal menuju ke pantai telok kemang PD sekitar menjelang mentari memanaskan anak² unta. Perjalanan merentasi lebuh raya PLUS adalah lancar meski kenderaan kelihatan agak banyak. Boleh disimpulkan bahawa sejak berakhirnya pemenjaraan hidup sepanjang dua tahun (PKP:Penulis) pantang ada cuti, meski hujung minggu pasti akan diisi dengan program berjalan ke luar oleh mana² keluarga yang mempunyai kelapangan.
Penulis singgah di R&R Ayer Keroh ketika jam menunjukkan angka 12 tengahari. Penulis cuba untuk mencari lokasi Jumaat di kawasan yang paling hampir dengan program yang akan dilawati oleh penulis. Masuk ke pekan kecil dan terpampang papan tanda masjid warisan yang terletak di puncak bukit kecil. Tatkala menelusuri jalan naik ke bukit, tidak kelihatan sebarang kenderaan atau manusia yang menuju ke masjid.
"Aih ..tak dak orang..?"
Penulis agak kebingungan. Masjid ini kenapa tidak digunakan untuk solat Jumaat?
"Barangkali ada masjid lain..."
Maka penulis bergerak kembali ke jalan utama, cuba menyusuri jalan dan akhirnya menemui papan tanda masjid teluk kemang. Baharulah kelihatan manusia bergerak mengarah ke lokasi yang terletak di puncak desir angin.
Masjid ini agak besar dan apa yang menarik, khutbah kedua tidak terlalu panjang serta dibaca dalam bahasa arab semata². Tidak seperti khutbah kedua di masjid hujung negara semenanjung emas yang berjela teksnya, tidak boleh ketinggalan sepatah perkataan pun yang telah disusun dan dicetak pada buku panduan khutbah. Akibatnya, jamaah tetap lalai dan tidak endah. Bertanyalah kepada jamaah hujung negara, apa yang mereka faham tentang aliran asya'irah dan maturidiah yang cuba dilaungkan saban minggu melalui lisan khatib, nescaya mereka hanya mengangkat bahu dan kening sahaja seraya mengatakan tidak tahu.
Bilakah reformasi khutbah akan berlaku?
Ulasan