Bila nak kerja empat hari seminggu?
27 Zulhijja 1444
Semangat menulis ni turun naik ikut mood. Kekadang semangat nak menulis, tapi alatan pulak tak cukup, seperti note book rosak (dah hampir sebulan tersadai di kedai), tiada wifi dan sebagainya. Ataupun idea datang tatkala sedang memandu. Mana nak ditulis ide tu kan?
Hari ini dek kerana ketiadaan kenderaan rasmi yang menghantar ke pejabat, penulis terpaksa rela membawa kenderaan sendiri merentas lebuh raya sejauh kira² 91km dari kediaman sehala menuju ke pejabat. Sebaik selesai menghadap mesin touch in di dinding batu, penulis keluar mencari kedai makan bertujuan untuk tapau nasi goreng kambing yang biasa penulis ziarah kedai dan menikmati juadah tersebut kiranya berkelapangan. Nasi goreng kambing di kedai ini harga murah (RM10.00-tempat lain maybe tak dapat) dan bukan harga rahmah kerana sejak sebelum PRU lagi harganya sama. Lokasi di dalam kawasan parlimen PM9.
Sementara menanti nasi disiapkan, penulis duduk dan secara tiba² muncul seorang tenaga pengajar yang tadinya terserempak dengan penulis tatkala menghadap mesin pembaca cap jari.
Beliau duduk semeja dengan penulis dan kami mula berbual.
"Kerja empat hari setengah katanya jadi eh?"
Tak taulah ni soalan ke pandangan...
"tak pasti. Tapi last yang saya maklum macam tak jadi, lepas titah tuanku tempoh hari.."
"Tapi yang saya tahu jadi" kata beliau dengan wajah serius dan yakin.
"Jumaat akan kerja sampai jam 12.00 tengahari. Petang dah tak ada sesi di pejabat. Tapi jam kerja harian dari ahad sampai khamis tambah sejam atau setengah jam..."
"cumanya nak adjust waktu sekolah budak sesi petang dan sekolah agama untuk hari jumaat tu yang agak pening..."
"negara lain banyak dah buat hari kerja empat hari - eropah dan timur tengah"
Menurut beliau lagi, rakannya yang bekerja di Dubai menyatakan di negara arab, pada waktu ramadhan, jam kerja hanya dari jam 10 pagi hingga 3 petang. Pada hari lain, kerja hanya empat hari seminggu.
Apabila dirujuk pada sumber di internet, didapati terdapat 10 negara yang sedang dan akan melaksanakan hari bekerja empat hari seminggu tanpa sebarang perubahan gaji dan sebagainya dan kebanyakkannya adalah di Eropah dan juga di Jepun. Dari kajian didapati bahawa kadar produktiviti pekerja meningkat kepada 40% serta budaya kerja lebih cekap.
Jika ditinjau pula di kebanyakan negara asia timur seperti China yang mengamalkan konsep 996 - masuk kerja jam 9 pagi, tamat jam 9 malam selama 6 hari seminggu, mereka melihat gejala pengurangan hari bekerja yang cuba disebarkan di serata eropah sebagai budaya pemalas dan tidak sihat.
Bagaimana dengan negaraku? Mungkin pihak kementerian sumber manusia dan juga KSN boleh membuat ujian dan kajian dengan kerjasama mana² badan atau UA untuk melihat sejauh mana keberkesanan pelaksanaan budaya baharu ini dan sejauh mana impak terhadap produktiviti, langkah penjimatan dan sebagainya.
Ulasan