Tujuh perkara yang menyebabkan pelanggan kedai makan lari dari kedai anda
6 Safar 2023
- Buat² tak nampak apabila pelanggan memanggil untuk membuat tambahan order. Walhal pelanggan jelas melihat mata petugas melihat mata dan lambaian yang dibuat. Mungkin juga petugas rabun jauh. Lebih menyakitkan hati pelanggan apabila petugas datang ke meja sebelah tetapi seolah tidak menghiraukan meja pelanggan yang baharu sahaja memanggil. Apabila dipersoalkan mengapa tidak datang, petugas beri alasan dia sedang sibuk. Lebih menjengkelkan apabila petugas bukan dari kalangan warga negara;
- Pelanggan menunggu di meja makan lebih dari lima minit tanpa ada sebarang aluan mesra daripada tuan punya kedai makan;
- Pesanan yang dibuat, biarpun bertulis, tidak diingat oleh pemilik kedai dan pelanggan terpaksa menyatakan semula apa yang dimakan tadi. Boleh jadi pemilik hendak menguji iman pelanggan serta kejujurannya tetapi ianya tetap menjadi sesuatu yang menjengkelkan;
- Menu yang dihantar berbeza dengan pesanan awal. Namun ada ketikanya petugas tersilap menulis pesanan kerana kurang pendengaran;
- Membuat wajah yang kurang menyenangkan pelanggan. Ini acapkali berlaku di restoran makanan segera dimana petugas berada dalam mood yang kurang memuaskan. Pihak pemerintah perlu mengkaji perkara ini dan mewajibkan setiap premis makanan memilih staf yang mempunyai wajah dan perwarakan yang mesra untuk mengelakkan kehilangan pelanggan pada masa akan datang;
- Tidak menerima bayaran secara cashless. Terdapat sebuah kedai makan yang terletak dalam kampung yang agak terpencil dalam negara hujung selatan telah menyediakan kemudahan bayaran cashless namun ada kedai makan yang terletak di kotaraya tidak menerima bayaran melainkan hanya secara tunai;
- Kedai viral kununnya dengan citarasa yang menjadi idaman dan igauan, namun sebenarnya tidak menyelerakan dan mahal;
Ulasan