Catatan

Sarapan di warung kerang

Imej
Sarapan pagi ini di warung kerang. Atau sebelum ini dikenali sebagai warung pokok ceri. Bagi penulis warung ini boleh dianggap paling menarik kerana mampu menyediakan makanan panas. Menu di sini kesemuanya digoreng selepas pesanan dibuat. Meskipun jangkamasa menunggu pesanan sampai agak lama namun hasilnya agak lumayan. Di sini, segala tumisan dibuat secara manual tanpa elektrik. Ertinya jika bawang dan lain-lain bahan akan ditumbuk dalam lesung batu. Pelanggan akan dapat mendengar bunyi ketukan lesung batu sambil menikmati suasana kampung yang damai di sini. Harga adalah amat berpatutan...

Masih ada yang berpendapatan RM5 sehari di negara semaju Malaysia?

Imej
Utama   Nasional   Politik   Edisi   Semasa   Bisnes   Global   Hiburan   Sukan   Karya   Wawancara   Arkib   Laman Web Melaka & NS 'Hadiah' untuk tiga beradik Oleh: M JEFFRI RAZALI Tarikh: January 4, 2013 UMBAI - Meskipun rakan mereka sudah memulakan sesi baru persekolahan kelmarin, namun bagi tiga beradik dari Kampung Bukit Tembakau di sini, minat untuk menimba ilmu terpaksa dikorbankan kerana kesempitan hidup. Ketiga-tiga mereka, Muhammad Harris Yahya, 15, Rabiatul Adawiyah Yahya, 13, dan Halimatul Saadiah, 10, hanya mampu memerhati dengan sayu rakan-rakan lain setelah ayah mereka, Yahya Dol, 47, hilang punca pencarian akibat sejenis penyakit, lebih sebulan lalu. Tambah memeritkan apabila ibu mereka, Wati @ Syafawati Md Isa, 36, hanya bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah agama dan berpendapatan sekitar RM5 sehari. Akibat kekangan kewangan yang kian meruncing, ketiga beradik ini ti...

Sambutan Tahun Baru 2013 .. masih di takuk lama

Imej
Sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Shah Alam Selangor - penuh warna agama yang suci Sambutan Tahun Baru 2013 di lain bahagian penuh warna warni .... Kalau tak berlibur, letupkan mercun ratusan ribu Ringgit Malaysia, bercampur baur lelaki perempuan bukan mahram hingga ke subuh agaknya tak SAH sambutan tahun baru ekk....Tuan Guru Fathul Bari takkan tak leh komen sikit hal ni....

Jauhkan mereka dari agama...kecil lagi...

Imej
Bintang kecil...Tom Tom Bak.Idola Kecil...tiga rancangan yang bisa mencungkil bakat anak-anak kita untuk maju ke persada bintang ... Mereka masih muda remaja .. biarkan mereka berlibur dan bergumbire ... kita kan masyarakat moderate ... Mentor, vokal dan gadis semasa ... mencungkil bakat dewasa remaja untuk ke mercu juga....tak payah sibuk sangat nak beragama..nanti jadik ekstremes ... agama amalkan sendiri jek kat rumah. Buat apa nak ditunjuk tayang depan orang ramai Tak perlu bawa anak-anak ke masjid..nanti buat kacau dan buat bising mengganggu keharmonian dan kekhusyukan para jamaah Nah...kan ke mengganggu jamaah .... apa kata pemimpin kita kalau ini berlaku di saf solat para pembesar nugare ..? Inilah sebenarnya ...jangan biarkan anak-anak ke masjid terlalu kerap...nanti haru biru jadinya ... Inilah yang dilihat tidak membebabankan anak-anak.Biarkan mereka menikmati masa muda mereka semahunya. tak perlulah dan tanam doktrin agama terlalu banyak. Na...

Cuti banyak lagi!!

Imej
Hari pertama masuk ke pejabat pada tahun 2013 ialah pada Isnin 7 Januari bersamaan 24 Safar 1434. Seminggu meninggalkan pejabat dek kerana menguruskan anak yang mula bersekolah. Kembali ke pejabat...yang pertama kelihatan ialah beberapa dokumen pada box yang melekat di hadapan pintu bilik. Yang paling menarik ... oh...cuti ku banyak lagi....

Hari pertama ke sekolah

Imej
2 Januari 2013....anak sulung penulis melangkah kaki ke tahun satu di SK Dato Syed Zain Al Shahab. Seawal jam 7 pagi sudah berada di kawasan sekolah. Perhimpunan pada awal pagi di dataran sekolah bersama pelajar baru dan lama dan dikendalikan oleh badan Pengawas sekolah menghimbau kenangan nostalgik tatkala masuk darjah satu sekitar tahun 1981 dahulu di SRK Long Jaafar Taiping Perak. Anak-anak zaman moden ini dihantar oleh ibu bapa dengan kenderaan hingga ke pintu sekolah. Masa perhimpunan juga ditemani oleh ibu bapa.  Guru besar sekolah bercerita mengenai disiplin murid. Kemudian anak-anak ini digiring hingga ke bilik darjah bersama ibu bapa dan guru. Tempat duduk dipilih sendiri oleh anak murid tersebut. Ibu bapa ada yang masuk ke dalam darjah sambil mengambil gambar dari alatan canggih yang dibawa ke sana kemari. Selepas melihat tempat penulis beransur untuk menghantar anak kedua ke kelas tadika. Bapa saudara yang bermurah hati menghantar telah membawa anak kedua penu...

Jika imam bacaan kurang baik...

Imej
Jika bacaan fatihah anda diketahui dan diperakui lebih baik dari jamaah sedia ada. Kemudian anda menghadiri solat berjamaah dan ada lelaki yang mengimami jamaah. Bacaan lelaki selaku imam ternyata wujud kecacatan pada sebutan "..Iyyaka...." dan juga bacaan huruf "sod..." menjadi "....syin..."..maka apakah boleh lelaki yang lebih baik bacaannya menjadi makmum kepada imam tersebut? Berdasarkan kepada apa yang difahami oleh penulis, lelaki tersebut tidak diperbolehkan menjadi makmum kepada imam yang seperti itu bacaannya...Wallahu a'lam. Namun dalam masyarakat kita amat jarang perkara bacaan imam menjadi topik utama dalam pemilihan imam. Masyarakat lebih memandang kepada seseorang yang mampu menggauli masyarakat dengan lebih baik ataupun juga melihat kepada senioriti seseorang. Mungkin mereka melihat bahawa hal bacaan boleh dilatih dikemudian hari. Tetapi ada juga keadaan dimana sang imam masih gagal menguasai bacaan meskipun telah mengikuti kelas...