Jika imam bacaan kurang baik...
Jika bacaan fatihah anda diketahui dan diperakui lebih baik dari jamaah sedia ada. Kemudian anda menghadiri solat berjamaah dan ada lelaki yang mengimami jamaah. Bacaan lelaki selaku imam ternyata wujud kecacatan pada sebutan "..Iyyaka...." dan juga bacaan huruf "sod..." menjadi "....syin..."..maka apakah boleh lelaki yang lebih baik bacaannya menjadi makmum kepada imam tersebut?
Berdasarkan kepada apa yang difahami oleh penulis, lelaki tersebut tidak diperbolehkan menjadi makmum kepada imam yang seperti itu bacaannya...Wallahu a'lam.
Namun dalam masyarakat kita amat jarang perkara bacaan imam menjadi topik utama dalam pemilihan imam. Masyarakat lebih memandang kepada seseorang yang mampu menggauli masyarakat dengan lebih baik ataupun juga melihat kepada senioriti seseorang.
Mungkin mereka melihat bahawa hal bacaan boleh dilatih dikemudian hari. Tetapi ada juga keadaan dimana sang imam masih gagal menguasai bacaan meskipun telah mengikuti kelas untuk beberapa kali.
Selaku imam yang sedar mengenai kesilapan bacaan perlulah segera memperbetulkan bacaan dan sekiranya didapati diri tidak mampu untuk memperbetulkan bacaan itu, baiklah berudur secara terhormat setelah didapati ada manusia yang lebih baik bacaannya.

Ulasan