Ramadhan menjelma lagi

Alhamdulillah .. hari ini merupakan hari ketiga kita berada dalam Ramadhan el-mubarak... dengan keazaaman untuk meningkatkan amal dan mengejar lailatul qadr....Moga dipermudahkan Allah segala urusan

Menelusuri 10 hari terakhir Ramadhan .. insan mengharapkan lailatul qadar di malam-malam akhir Lagu dendangan kumpulan nasyid dengan CD dan kaset yang baru release bertajuk Ramadhan 2 zaman amat mengharukan ..

Dipetik dari kitab muta'al badrin halaman 65 kitab al iktikaf , ".... berkata Imam Ghazali dan lainnya lailatul qadr pada malam yang kasal (ganjil) di dalam 10 yang akhir (Pen-Ramadhan) & berkata mereka itu diketahui akan dia dengan hari yang awal daripada bulan maka jika sehari bulan Ramadhan itu hari Ahad atau hari Arba'in (Pen - Rabu) adalah lailatul qadr pada malam yang 29 dan jika sehari bulan Ramadhan hari isnin adalah ia malam 21 dan jika sehari bulan Ramadhan hari Selasa @ Jumaat adalah ia malam 27 dan jika sehari bulan Ramadhan hari Khamis adalah ia malam ke 25 dan jika sehari bulan Ramadhan hari Sabtu adalah ia malam ke 23, berkata Syekh Abul Hassan, selama baligh ku tiada luput akan daku lailatul qadr dengan kaedah yang tersebut ini."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol