Kematian demi kematian
17 Ramadhan nenda pergi
24 Ramadhan kerabat sebelah nenda juga pergi
12 Syawal - Saudara jauh juga pergi dan juga abang ndan .. sepupuku
Awal pagi tadi ketika memandu keluar ke pejabat, penulis menghubungi Abd Hadi kerna semalam tidak dapat dihubungi lantaran penulis hendak singgah beraya ke rumah beliau. Beliau memaklumkan bapa kepada salah seorang staf yang kukenali telah meninggal dunia.
Tatkala tiba di pejabat, sedang sibuk menyemak e-mail, Anu (bukan nama sebenar) mengajakku menziarah bapa saudaranya itu. Berkebetulan, sepupu beliau berkahwin dengan sepupu penulis. Maka penulis bersetuju untuk menuju jke rumah si mati yang terletak berhampiran pekan Ayer Hitam. Ramai juga staf yang menghadiri upacara penghormatan terakhir ini kerna anak si mati merupakan staf yang dikenali dan disenangi oleh semua peringkat di organisasi penulis. Penulis juga sempat menemui abang aris, sepupu penulis. Isteri beliau merupakan anak saudara kepada si mati.
Usai solat jenazah, kami berangkat pulang ke pejabat.
Selesai zuhur, penulis dikejutkan dengan berita kematian abang hamdan, atau dikenali sebagai abang ndan. Pak Busu yang menelefon HP penulis. Abang ndan merupakan abang kepada abang aris. Jenazah dikhabarkan akan disemadikan di Melaka, kampung kepada isteri arwah.
Tuhanku...Betapa kematian itu mengelilingiku .. Ntah bila dia akan menyapaku .. boleh jadi dia menyambarku tatkala aku sedang tidur .. boleh jadi dia mengejutkanku tatkala aku sedang enak duduk di atas kerusi empuk di hadapan PC pejabatku .. boleh jadi dia muncul tatkala aku sedang memandu kenderaanku
Ya Allah ..Wahai Tuhan yang empunya jiwaku .. matikanlah aku dalam iman .. permudahkanlah sakaratul maut atasku ..

Ulasan