kisah pembunuhan imam hussain

Allaahummal-a’n Qatalatal Hussein Alayhis Salaam

Awal Muharram, adalah permulaan bulan duka dan nestapa Ahlul Bait Rasul Alaihimussalam. Semua pencinta dan pengikut Keluarga suci ini akan berduka dan bersedih.Cuti bagi semua majlis-majlis dan upacara-upacara riang gembira.

Imam Reza Alaihissalam bersabda : “Apabila sampai sahaja bulan Muharram, tidak akan kelihatan lagi senyuman pada bibir ayahku, tidak ada lagi seseorang yang akan melihatnya tersenyum” 1.Imam Reza Alaihissalam tentang Asyura juga telah bersabda : “ Barangsiapa hari Asyura baginya adalah hari musibah, duka dan tangisan, maka Tuhan akan menjadikan kiamat baginya hari kegembiraan dan kebahagiaan”6

Dua Muharram ; Rombongan Imam Hussain Alaihissalam Masuk ke Karbala

Telah diriwayatkan apabila rombongan Imam Hussain as. sampai di karbala, kuda Imam as. berhenti bergerak. Imam as. bertanya apakah nama tempat ini? Mereka menjawab :“Ghadhiriyah” bersabda: Tempat ini ada nama yang lain? Mereka berkata: “Syathiyil Furat” Imam as. kembali bersabda: “Apakah nama lain?” mereka berkata:”KARBALA”; hati Imam as. melirih duka dan bersabda : Ya ALLAH Aku berlindung kepadaMu dari bala bencana.3

Tiga Muharram; Tentera Umar Bin Saad Masuk ke Karbala

Selepas Hur mengepung Imam Hussain Alaihissalam dan rombongannya di Karbala, Ubaidullah Bin Ziyad telah meletakkan tanggungjawab sebagai pemimpin tentera Yazid kepada Umar Bin Saad, Umar Bin Saad pada Tiga Muharram, bersama enam ribu tentera perang datang ke Karbala.4 kemudian bala’ tentera terus datang dari beberapa penjuru Negara sekitar karbala yang telah di utuskan oleh ubaidillah sehingga bilangannya mencecah 30,000 orang.



Surat Imam Hussain Alaihissalam untuk Ahli Kufah dan Syahidnya Qis Bin Mas-har

Pada tiga Muharram, Imam Hussain as. menulis surat buat Ahli Kufah yang mengandungi peringatan tentang surat-surat dan jemputan-jemputan berterusan dari mereka yang telah diutuskan kepada Imam as. dan Imam as. meminta mereka menunaikan baiat dan perjanjian yang dijanjikan dan membantu Imam as; namun pembantu-pembantu Ubaidullah, telah menangkap Qis Bin Mas-har Shidawi yang merupakan pembawa surat Imam Hussain as. di tengah perjalanan dan membunuhnya. 5

Pembelian Sebahagian Dari Tanah Karbala Oleh Imam Hussain Alaihissalam

Imam Hussain Alaihissalam telah membeli sebahagian dari tanah bumi Karbala dimana sekarang merupakan tempat terletaknya makam suci Beliau as. dari Ahli Nainawa dengan harga enam puluh ribu Dinar (lebih dari harga sebenar tanah tersebut) dengan syarat membantu menunjukkan ummat Islam makamnya untuk berziarah dan melayan penziarah Imam as. dengan baik selama tiga hari sebagai tetamu. 6



Empat Muharram: Khutbah Ubaidullah Bin Ziyad di Masjid Kufah

Pada hari keempat Muharram, Ubaidillah Bin Ziyad telah berkhutbah dihadapan rakyat dan mengancam bunuh dan gantung bagi sesiapa sahaja yang membantu Imam Hussain as. Dan membaca fatwanya Syarih Qadhi berkenaan harusnya(halal) darah Husain Alaihissalam dan memerintahkan untuk menutup semua jalan-jalan keluar masuk kufah. 7

Enam Muharram: Perbualan Habib Bin Mazhahir dengan Kabilah Bani Asad

Habib Bin Mazhahir dengan izin Imam Hussain Alaihissalam telah mengadakan perbincangan dengan Kabilah Bani Asad dan menjemput mereka untuk membantu Imam Hussain Alaihissalam; tetapi perbincangan ini gagal disebabkan halangan dan sabotaj oleh pengintip-pengintip Umar Bin Saad. 8



Tujuh Muharram: Sekatan Air Sungai Furat bagi Rombongan Imam Hussain Alaihissalam

Pada hari ini, Tentera-tentera Umar Bin Saad dengan arahan Ubaidullah Bin Ziyad telah menyekat aliran air sungai Furat ke khemah-khemah Imam Hussain as.Diriwayatkan bahawa Hajjaj Zubaidi bersama lima ratus penunggang kuda, telah mengusai sungai Furat dan menutup aliran air dari mengalir ke khemah-khemahnya Imam Alaihissalam. 9

Lapan Muharram: Pertemuan Imam Hussain Alaihissalam dengan Umar Bin Saad

Imam Hussain Alaihissalam dari awal tidak ridha akan tercetusnya perang yang akan menumpahkan darah ummat Islam dan Imam as. sentiasa berusaha untuk menghalang tercetusnya perang, pada hari kelapan Muharram, Imam as. telah bertemu dengan Umar Bin Saad dan cuba untuk menghidayah, menasihati dan membimbingnya, Imam as. meminta darinya sebagai ganti supaya tidak berperang dengan pergi ke salah satu sempadan-sempadan negara-negara Islam tanpa membaiat Yazid dan hidup seperti seorang yang beragama Islam.



Sembilan Muharram ( Hari tasu’a); Pemohonan Melambatkan Perang Dari Pihak Imam Hussain Alaihissalam

Asar hari kesembilan Muharram, Umar Bin Saad telah mengarahkan tentera-tenteranya untuk bergerak ke arah khemah Imam Hussain Alaihissalam dan memulakan peperangan. Dia berkata kepada mereka : “Wahai tentera Allah! Bergeraklah dan bergembiralah bahawa kamu akan pergi ke syurga!” (dia menyeru mereka sebagai Tentera Islam sedangkan mereka akan pergi berperang dengan putera Rasul mereka sendiri) Imam as. dengan melihat tentera-tentera musuh dan dengan mengetahui rancangan mereka, meminta adiknya Abbas Alaihissalam untuk memohon dari mereka supaya menangguhkan perang pada esok hari dan memberikan tempoh kepada mereka, malam ini untuk Imam Hussain Alaihissalam menunaikan solat dan ibadah yang sangat dicintainya. 10



Menolak Surat Jaminan Keselamatan Syimr Kepada Hadrat Abal Fazl Alaihissalam

Pada hari kesembilan Muharram, Syimr telah membawa surat jaminan keselamatan untuk Hadrat Abal Fazl Alaihissalam dan saudara-saudara lelakinya. Ketika Syimr sampai ke khemah-khemah Imam Hussain Alaihissalam, dia berteriak dan menyeru : “aku membawa surat jaminan keselamatan dari pihak Amir(pemimpin)Ubaidullah untuk kamu; janganlah kamu memberikan diri kamu sendiri untuk terbunuh demi Hussain Alaihissalam.” Hadrat AbulFazl Alaihissalam, umpama singa yang berani dengan suara yang kuat berkata : laknat Allah keatas kamu dan jaminan keselamatan kamu! Adakah kami berada dalam keadaan aman selamat sementara putera puterinya Rasulullah tidak berada dalam keadaan aman dan selamat?;. 11

Menggali Parit Di Sekeliling Khemah-Khemah Imam Hussain Alaihissalam

Pada Hari Kesembilan Muharram, Imam Hussain Alaihissalam telah mengarahkan penolong-penolongnya untuk membina parit di sekeliling khemah-khemah dan memenuhkannya dengan duri-duri supaya ketika perang, musuh-musuh tidak dapat menyerang mereka. 12

Bacaan Khutbah Imam Hussain Alaihissalam

Pada malam hari kesembilan Muharram, Imam Hussain Alaihissalam telah menyampaikan sebuah khutbah penting kepada para sahabat dan penolongnya dan bersabda : “ Sesungguhnya aku tidak mengetahui, penolong yang lebih baik dan paling setia daripada sahabat-sahabat dan penolong-penolongku.....Aku tahu bahawa esok kita akan berperang dengan mereka. Aku melepaskan semula baiat yang kamu berikan kepadaku dan memberi izin kepada kamu semua untuk menggunakan malam yang masih gelap ini untuk mencari jalan bergerak dan menjauhi tempat yang berbahaya dan ambillah setiap dari kamu, tangan seorang dari Ahlul Baitku dan tinggalkanlah tempat ini.”

Ketika itu, Ahlul Bait dan para sahabat Imam as., seorang selepas seorang bangun dan mengisyharkan tidak berganjak dari pengorbanan dan kesetiaan mereka kepada Imam as. sehingga menemui kesyahidan.

Sepuluh Muharram (Hari Asyura): Menyusun Barisan Tentera Imam Hussain Alaihissalam

Pada hari kesepuluh Muharram, selepas solat subuh, Imam Hussain Alaihissalam terlebih dahulu, tenteranya yang terdiri daripada tiga puluh dua tentera penunggang kuda dan empat puluh tentera pejalan kaki,membahagikan khemah-khemah kepada tiga bahagian dan melantik panglima bahagian kanan kepada Zuhir Bin Qin, panglima bahagian kiri kepada Habib Bin Mazhahir dan bahagian tengah kepada Hadrat Abbas Alaihissalam. 13. Imam Hussain Alaihissalam ketika dua tentera (tentera Imam as. dan tentera musuh) telah berhadapan, Imam berkhutbah dengan jelas dan terang tentang martabat dan kedudukan Ahlul Bait Alaihimussalam, dan meminta untuk tidak memulakan dan mencetuskan perang; namun Imam as. tidak mendapat jawapan positif dari pihak tentera Umar Bin Saad. 14. Permulaan Perjuangan dan Pengorbanan Para Sahabat dan Ahlul Bait Alaihissalam
Umar Bin Saad memulakan perang dengan rasmi, dengan melepaskan anak panah ke arah pasukan tentera Imam Hussain Alaihissalam. 15

Solat Zohor Asyura

Pada hari Asyura, ketika sampai waktu solat zohor, Abu Thamamah Shidawi memberitahu Imam Hussain Alaihissalam tentang telah masuk waktu menunaikan solat zohor; Imam as. selepas mendoakankannya, lansung menunaikan solat bersama jamaah para sahabatnya di medan perang tersebut. 16





Salam Perpisahan Imam Hussain Alaihissalam dengan Khemah-khemah

Selepas semua sahabat-sahabat dan Ahlul Bait Imam Hussain Alaihissalam telah terkorban dan syahid, Imam Hussain as. mula menyediakan dirinya untuk pergi ke medan perang dan juga turut syahid seperti para sahabat dan Ahlul Baitnya. Imam as. menuju ke khemah-khemah untuk melakukan perpisahan terakhir. Raungan dan tangisan para wanita dan anak perempuan memenuhi khemah.17




Syahidnya Imam Hussain Alaihissalam

Selepas zohor hari Asyura, Ramai tentera musuh telah terkorban di tangan Imam Hussain Alaihissalam.Ramai dari tentera-tentera Yazid yang kuat,berani dan ganas juga ditumpaskan sehingga tidak ada lagi yang berani untuk datang ke medan pertempuran.Imam Hussain Alaihissalam yang mula lemah dan tidak berupaya kesan dari terlalu banyak bertempur, panas dan dahaga, berdiri sebentar untuk sedikit berehat; tiba-tiba, seketul batu terkena dahi sucinya. Imam as. mengangkat bajunya untuk membersihkan wajahnya yang dilumuri darah, ketika itu juga anak panah tiga cabang dari busur Harmalah membelah dada suci Imam as. dan tentera-tentera Umar Bin Saad menyerang Imam as. dari semua arah dengan anak panah dan lembing. Imam as. jatuh dari kuda.Beberapa waktu berlalu yang boleh dikira panjang – di tanah Karbala, Imam as. terlantar dalam keadaan dilumuri dengan darahnya sendiri, tidak ada yang berani untuk menghampirinya;namun akhirnya Syimr Mal’un, dengan hati yang keras seperti batu menghampiri Imam as. dan membunuh Beliau as..Maka Imam as. telah syahid di tangan Mal’un tersebut. 18

Mencerobohi Khemah-khemah

Selepas kesyahidan Imam Hussain Alaihissalam pada petang hari Asyura dengan arahan Umar Bin Saad, tentera-tentera hati-hati yang hitam kotor, menyerang dan membakar khemah-khemah, dan kanak-kanak serta para wanita diheret di sahara karbala yang panas membakar. 19


Nota kaki :
1) Biharul Anwar. j 44, m/s 286.
2) Mishbah Kafa’mi, m/s 509.
3) Luhuf, m/s 97, Fidhul ‘Alam, m/s 142
4) Syeikh Mufid, Irsyad, j2, m/s 84
5) Biharul Anwar, j44, m/s 381.
6) Mujma’ul Bahrain, j5, m/s 461.
7) Al-Waqayi’ wal hawadis. J2, m/s123.
8) Az Madinah Ta Madinah ( Dari Madinah ke Madinah), m/s 368.
9) Syeikh Mufid, Irsyad, j2, m/s86.
10) Muqtal Khawarizmi, j1, m/s 249; Luhuf, m/s 106.
11) Ansabil Asyraf, j3, m/s 184.
12) Al-Imam Al-Hussain Alaihissalam Wa Ashabihi, m/s 257.
13) Irsyad Syeikh Mufid, j2, m/s 95.
14) Biharul Anwar, j45, m/s 6.
15) Luhuf, m/s 199.
16) Biharul Anwar, j45, m/s 21.
17) Muqtalu Husain Alaihissalam, m/s 282.
18) Luhuf, m/s 180.
19) Biharul Anwar, j45, m/s 53; Muqtal Khawarizmi, j2, m/s 39; Kamil Ibnu Athir, j4, m/s 78.

“Daku pergi (ke medan karbala) bukan hanya sia-sia,keburukan,kerosakan @ sebagai orang zalim.Akan tetapi aku pergi untuk memperbaiki umat datukku Muhammad.Daku hanya ingin melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar, berjalan di jalan (agama) datukku Muhammad dan di jalan ayahku Ali bin Abi Thalib.” Imam Hussein (as)

“Andainya dunia ini masih dianggap berharga bukankah akhirat (tempat pahala Allah) itu jauh lebih berharga dan mulia. Andainya badan ini memang dicintakan untuk mati maka bukankah mati di jalan Allah itu lebih mulia. Andainya rezeki itu sudah dibahagikan berdasarkan ketentuan maka tinggalkanlah rasa rakus terhadap dunia. Andainya harta yang di kumpulkan akan di tinggalkan mengapa harus menjadi kedekut terhadap barang yang akan di tinggalakan.” Saiyidu Syuhada Abu Abdullah Al Imam Hussein (as).


Wa ‘alaika minnas salâm ya Abâ ‘Abdillâh…
Innâ lillâhi wa innâ ilaihi râji’ûn…


Khidmat Imam Zaman
Ya Aba Soleh Eltimasi Doa..Wassalam
http://www.arridha.com

Ulasan

jenking_putih berkata…
Awak punya memang dasyat sungguh.. padat dan sensasi sungguh.
jenking_putih berkata…
Hang punya dasyat sungguh padat dan sensasi
jenking_putih berkata…
hang punya sungguh dasyat dan sensasi
jenking_putih berkata…
hang punya sungguh dasyat dan sensasi
amir berkata…
sungguh menarik dan penuh teladan..terima kasih ats view anda tentang ini..

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol