Dari W27 ke N27 volume III



GAMBAR HIASAN



Bertugas di pejabat agama seolah-olah mendapat satu penghormatan yang besar di mata masyarakat, lebih-lebih lagi penduduk di kawasan perkampungan. Kebanyakan mereka mengkultuskan pekerja di situ dengan beranggapan bahawa para petugas ini adalah merupakan golongan ulama yang berilmu. Jika tidak, masakan mereka boleh menjawat jawatan tertentu di pejabat agama yang dianggap sebagai masjid itu ... Maka kerani, penolong pegawai penaksir juga dilabel sebagai ustaz meskipun kelulusan masuk adalah diploma dalam bidang pentadbiran, ataupun SPM biasa yang tiada kaitan dengan 'basic' pendidikan agama sebagaimana yang difahami oleh masyarakat secara amnya.

Oleh yang demikian, maka pergerakan, akhlak dan pergaulan mereka sering diperhatikan dan sekiranya muncul sekelumit kesilapan, meskipun sebenarnya hanya kecil, akan diperbesar-besarkan dan dijadikan 'contoh' .. "orang pejabat agama buleh buat, nape kita tak buleh?"

Maka secara umumnya yang bertugas di pejabat seumpama itu perlulah menjaga tatasusila.. Sesetengah masyarakat yang memahami, contohnya mereka yang sememangnya terlibat secara langsung dengan sektor awam, meskipun tidak semua, sudah maklum bahawa pejabat agama tidak semuanya diisi oleh jawatan berlatarbelakang agama.

Kesibukan di pejabat agama selalunya adalah bermusim. Kesibukan sebenar selalunya sudah mula terasa sejak daripada bulan Rabiul Akhir lagi dimana pejabat-pejabat agama di setiap daerah sudah mula dipanggil untuk mesyuarat bagi menghadapi bulan pengutipan zakat fitrah iaitu dalam bulan Ramadhan al mubarak.

Penumpuan dan penambahan bebanan kerja di antara bulan-bulan tersebut sebelum tibanya Ramadhan semakin dirasai dengan kehadiran resit-resit fitrah di setiap pejabat agama daerah. Petugas di daerah pula perlu menyediakan daftar senarai amil dan juga jumlah resit yang akan diagihkan kepada amil-amil tersebut berdasarkan kepada jumlah penduduk dan juga jumlah resit yang pernah diagihkan sebelum ini.

Sewaktu penulis memulakan tugas di tahun-tahun awal, para amil yang dilantik perlu membawa hasil kutipan zakat fitrah ke pejabat agama daerah dalam bentuk wang tunai untuk tindakan pejabat tersebut menghantar ke bank. Walau bagaimanapun, selepas beberapa tahun, beberapa pembaharuan telah dibuat dengan memberikan tanggungjawab 'bank in' kepada para amil sendiri. Mereka hanya perlu mengemukakan bukti dengan memberikan slip bank. Pada awal-awal waktu diperkenalkan sistem tersebut, wujud juga amil-amil yang terdiri daripada orang-orang lama yang tidak faham lantas sanggup membawa duit tersebut ke pejabat untuk memohon bantuan bagi tujuan bank in.

Sememangnya pengenalan kepada kaedah terbaru tersebut jauh lebih baik kerana para amil akan lebih terselamat dan rasa lebih 'aman' apabila hendak meninggalkan rumah masing-masing pada musim perayaan. Jika berdasarkan kaedah lama, memang agak memeningkan kerana wang zakat perlu disimpan oleh amil kemudian barulah kesemuanya dimajukan ke pejabat agama. Ini akan memberikan bebanan kepada para amil. Walau bagaimanapun, amil-amil tidaklah terlalu berkira dalam hal ini. Ini adalah disebabkan mereka mempunyai hak sebanyak 1/9 daripada hasil kutipan zakat tersebut. Beruntunglah kepada amil yang mempunyai kawasan yang agak luas. Sebagai contoh, sekiranya ketetapan harga zakat fitrah seorang bagi negeri Johor adalah RM4.00. Maka sekiranya satu qaryah mempunyai 1000 penduduk, amil akan menerima kutipan sebanyak RM4,000.00. Se persembilan dari kutipan adalah sebanyak 444.44. Walau bagaimanapun, amil tidak menerima wang sebanyak itu. Terdapat beberapa perkara lagi yang diambil kira. Agak malang kerana penulis telah terlupa mengenai formulanya. Kalau penulis telah ingat, insya allah akan dikemukakan nanti ..




Untuk tahun-tahun selepasnya, pihak MAIJ telah cuba untuk meningkatkan lagi kualiti pengurusan KUTIPAN fitrah tahunan.Sebelum masuknya bulan ramadhan, satu taklimat telah dibuat di setiap daerah untuk para amilin beserta dengan pengagihan buku resit serta beg untuk memberikan kefahaman yang lebih mendalam terhadap mereka. Para amil juga digalakkan untuk membuka kaunter-kaunter zakat di kawasan mereka bagi memudahkan masyarakat menunaikan zakat.

Ulasan

Zuray berkata…
Wow Hang semakin hebat... ajar kat kawan bagaimana nak menjadi penulis yang hebat.....
abu uzair berkata…
beb ...nko ni perli aku ke pe? Blog nko tu aku tgk lagi 'terpukau' ..

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol