Maksiat di Kluang

Satu info yang amat menarik perhatian penulis tatkala menghadiri satu majlis kuliah Maghrib di Surau Al Falah. Mu'allim menyatakan bahawa statistik ke kes rogol untuk tahun 2009 di Kluang sahaja ialah sebanyak 88 kes. Hanya 8 kes sahaja yang benar-benar menepati pengertian rogol. Selebihnya atas dsara suka sama suka namun membuat laporan setelah mengandung bawah umur

Kanun Kesiksaan iaitu seksyen 375 (selepas ini dirujuk sbg �KK�) iaitu jika berlaku persetubuhan oleh seseorang lelaki dengan seseorang p�puan jika persetubuhan itu terkandung dalam salah satu daripada keadaan2 ini:



1) bertentangan dgn kemahuan p�puan itu;

2) dengan tiada kerelaan p�puan itu;

3) dengan kerelaan p�puan itu tapi kerelaan didapati dengan cara mendatangkan ketakukan kecederaan atau kematian secara salah tanggapan fakta yg mana lelaki itu tahu berkenaan salah tanggapan fakta itu;

4) dengan kerelaan p�puan itu kerana salah tanggapan p�puan itu menyangka lelaki itu ialah suaminya yang sah tetapi lelaki itu tahu dia bukan suaminya yang sah;

5) dengan kerelaan p�puan itu tapi masa beri kerelaan kerelaan p�puan itu tak memahami jenis dan akibat mengenai apa yg kerelaan itu diberikan; dan

6) sama ada dengan atau tanpa kerelaan tapi perempuan itu dibawah umur 16 tahun. (dipanggil statutory rape ataupun rogol statutori)



Kemasukan (penetration) saje memadai untuk establish berlakunya persetubuhan mengikut kesalahan rogol. Sekali penetration adalah memadai tanpa perlu keluar mani lelaki tu atau koyak selaput dara p�puan tu walaupun secara logic akal tentang kelaziman berkenaan berlakunya penetration ialah akan berlakunya koyakan selaput dara. Jika seseorg lelaki bersetubuh dengan isterinya yg sah mengikut undang2 bertulis yg sedang berkuatkuasa, maka bukanlah rogol walaupun isterinya tak beri kerelaan. Tapi ada keadaan di mana si isteri telah mendapatkan injuksi (perintah mahkamah yang menghalang atau menyuruh sesuatu daripada dilakukan) specifically melarang daripada suaminya bersetubuh dengannya maka jika suami bersetubuh juga tanpa kerelaan isteri maka itu dikatakan merogol walaupun tinggal sebumbung. Ada juga p�puan tinggal berasingan dengan suaminya atas sebab �judicial separation (JS)�. JS ialah suatu perintah mahkamah yg dibuat atas pemohonan mana-mana pihak suami atau isteri yang memerintahkan supaya suami dan isteri tinggal berasingan tetapi bukanlah bercerai dan diakui wujudnya ikatan perkahwinan dan jika suami melakukan persetubuhan terhadap isterinya maka itu juga satu kesalahan rogol. Bagi perceraian bukan islam, seseorang perempuan yg telah mendapat dekri perceraian (perintah perceraian) oleh mahkamah dengan suaminya dan belum cukup tiga bulan daripada dekri perceraian diberikan (dekri perceraian menjadi absolute/mutlak selepas 3 bulan dekri itu diperintahkan mahkamah) suaminya melakukan persetubuhan terhadap isterinya tanpa kerelaan maka itu dikatakan rogol juga mengikut KK. Kalau perceraian islam juga suami yg bersetubuh dgn isterinya tanpa kerelaan isteri sesama dalam edah raji�e juga adalah pernuatan merogol. Aku harap maksud rogol drp definisi KK ini dapat korang fahami kerana inilah saje penerangan yg general dapat aku berikan. Secara detail akan menjadi terlalu akademik dan korang pun malas nanti nak baca. Hukuman keatas perogol dinyatakan dalam seksyen 376 KK iaitu hendaklah dipenjara tak kurang 5 tahun dan tak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.



Juga dimaklumkan oleh mu'allim tersebut jika dibandingkan kes-kes berkaitan kesalahan seks yang berlaku di seluruh negeri Pahang, Perak dan Kedah, ianya jauh lebih rendah daripada apa yang berlaku di daerah kluang ini, yang menjadi daerah kedua tertinggi kadar jenayah seksnya...

Maka terlintas di fikiran penulis, patutlah hujan seolah tertahan dari membasahi dan memenuhi takungan untuk penduduk kluang ini....wallahu alam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol