Sungkai dalam kenangan

Sekitar akhir tahun 2004, penulis telah mendapat tawaran untuk menyertai kursus HROD di Sungkai Perak. Kursus yang dianggap amat berprestij dan mampu mengubah manusia itu merupakan siri kursus yang wajib dihadiri oleh setiap warga organisasi, begitulah polisi tidak bertulis yang dibuat pada asalnya...

Berbalik kepada kursus, terdapat juga beberapa rakan yang turut sama dihantar untuk menghadiri kursus di sana. Kami dihantar kesana dengan bas. Sungkai adalah satu kawasan atau pekan kecil yang terletak dalam negeri Perak. Perjalanan dengan bas memakan masa yang agak panjang. Kem latihan tersebut terletak agak terpencil di dalam kebun getah.

Setibanya disana, kami disambut oleh seorang lelaki tua yang dikenali sebagai Pak Din. Disampingnya pula seorang lelaki berwajah agak lembut digelar Pak Ya. Kedua-dua watak ini sebenarnya memainkan peranan utama sepanjang kursus tersebut berjalan.

Lokasi tempat tidur adalah asrama luas yang mengandungi beberapa bilik tanpa katil, hanya tilam nipis dan gebar beserta bantal. Bilik air terletak agak jauh ke belakang dan kami buang air serta mandi beramai-ramai di situ.

Hari pertama menyaksikan pelbagai acara dalaman, seperti pembentukan kumpulan, pembentangan dan sebagainya. Pak Din memainkan watak selaku kem komandan. Setiap kali masuk ke dewan, perkara pertama yang perlu kami lakukan ialah menyanyikan lagu tema, "Bila Diri Disayangi.." dendangan kumpulan Ukays. Kami diterapkan bahawa lagu tersebut mengandungi unsur ketuhanan dan penulis lirik lagu tersebut terpaksa merujuk kepada beberapa ratus kitab tauhid...Kami diarah untuk menghafal senikata lagu tersebut sebelum tibanya hari kedua

Hari kedua menyaksikan pelbagai acara yang lebih panas. Pak Din berjaya memainkan peranannya dengan begitu baik sehingga ditakuti dan dibenci. Bayangkan kerana sebutir nasi yang ditemui di meja makan, kami didenda berlari mengelilingi padang pada waktu matahari tepat di atas kepala..Penghulu kami juga kerap bertukar ganti. Barang amanah berupa telur ayam senantiasa dijaga dan digenggam erat bagi mengelakkan ianya hilang atau pecah yang mana jika dapat dikesan oleh Pak Din, maka nahaslah jadinya.

Aktiviti yang dijalankan sangat padat. Pelbagai acara senantiasa dibuat. Antara yang berlaku pada hari ketiga sebelah petang (sebenarnya tengah hari) ialah acara merentas halangan. Selepas Zuhur, kami diarah untuk menjalani latihan flying fox yang amat menggentarkan penulis.

Pada sebelah malamnya ialah acara perjalanan malam. Pada CP pertama, segala lampu suluh milik kami telah dirampas. Kami hanya dibekalkan dengan sebatang lilin dan tiga kayu mancis. Kami melalui parit dan juga mengharungi hutan kecil serta ladang getah. Sebelum itu adalah acara menangis-nangis. Tapi sayangnya, kebanyakan antara kami gagal mengalirkan air mata....hanya tertidur kerana suasana kelam.

CP terakhir dalam kembara malam itu ialah berjalan seorang hingga tiba ke base camp. Itu merupakan perjalanan yang amat menakutkan meskipun kita yakin dan percaya urusetia senantiasa berada di kiri kanan jalan namun ketakutan berjalan dalam gelap bisa menggetarkan hati sesiapa sahaja...

Acara pedas cili amat menyentuh perasaan. Setiap kami akan menyatakan apa perkara kebaikan yang ada pada diri sahabat dan juga perkara buruk yang kita benci pada sahabat kita. Ianya dibuat secara terus terang tanpa selindung

Hari terakhir menyaksikan hampir 90% diantara kami menangis pada acara penutup. Penuh kesal dan azam untuk berubah.

Balik ke organisasi memang nampak berubah...tetapi untuk mengekalkan momentum itu agak payah kerana kami hanya1% daripada beberapa ribu lagi staf yang belum pergi dengan pelbagai gaya kerja yang belum sempurna...

Kursus di Sungkai bagi penulis adalah satu bentuk gerak kerja dan sebagai kesinambungan, pihak organisasi akhirnya menubuhkan pula serta melancarkan HROD dan menjalankan kursus yang serupa dengan menggunakan fasi yang terdiri daripada staf yang terpilih..

Kursus ini amat bagus untuk dihadiri .. sayang ianya telah berkubur begitu cepat ...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol