Sk Sejagong
Namanya agak pelik. 2 hingga 3 Julai kami ditugaskan ke sana. Mungkin penulis dan sahabat pegawai hutan (PH) ialah yang terawal tiba. Kami disambut oleh Guru Kaunseling dan Guru Besar dengan hidangan nasi ayam. Perut penulis agak kurang sihat. Hidangan yang lazat bertukar kurang enak ...
Penulis telah diamanahkan selaku Kem Komandan. Satu tugas dan peranan yang agak besar sebenarnya. Banyak perkara yang perlu diambil perhatian. Keselamatan peserta itu yang paling utama.
Ini adalah kali kedua penulis diangkat sebagai KK. Sebelum ini, ditugaskan di kem jati diri pengawas Mersing. Satu program yang paling menyerlah meskipun hanya dua hari satu malam!!
Prog si SK Sejagong juga merupakan program 2 hari semalam. Ianya hanya bermula jam 3.30 petang. Pelajar lebih kurang 70 orang. Aktiviti dimulakan dengan taklimat oleh KK. Kemudian diikuti oleh bacaan ikrar dan seterusnya penyerahan bahan amanah yang berupa telor .. Telor lagi?
Seterusnya ialah xtvt ice breaking, membuat bendera serta persembahan kumpulan secara ringkas diikuti oleh Solat Asr. Memandangkan hujan mula turun, maka solat juga dilaksanakan di dalam dewan. Begitu juga acara outdoor yang dipimpin oleh saudara Pegawai Sukan (PS).
Makan malam pertama bersama adalah agak meriah dengan suara kebisingan. Dimulakan dengan doa juga diakhiri dengan doa.
Hikmah solat menghiasi tazkirah Maghrib pertama oleh Tuan Guru. Usai solat Isya, acara kembara dipimpin oleh PH, yang telah menyediakan bahan sejak Asar tadi lagi. Kalau mengikut tinjauan awal, sepatutnya kembara malam akan merentasi deretan pokok sawit di sebahagian kecil ladang kepunyaan penduduk kampung. Namun, oleh kerana keadaan cuaca yang kurang baik, ianya dibatalkan dan dilaksanakan di di dalam bangunan sekolah semata-mata.
Pelepasan satu kumpulan demi satu kumpulan agak mnemeritkan kerana terpaksa menunggu turutan. PH terpaksa melepaskan jua meskipun keadaan di CP 1 masih belum selesai proses. Maka terpaksalah KK membuat pelbagai cerita dan nasihat serta gertakan. Hujan renyai mulai turun sekitar jam 10 malam. Peserta ditakut-takutkan untuk dibiarkan keseorangan dalam kepekatan malam. Dikerat 10 pun belum tentu mereka mahu. Pelbagai alasan yang diberikan..
"saya takut cikgu..."
"Apa yang nak ditakutkan.."
"Takut binatang berbisa cikgu.."
"Nanti kami bekalkan dengan belerang. Binatang berbisa memang anti dengan serbuk belerang..."
"Tak mau la cikgu.."
"Sebenarnya kami takut hantu..."
"Aihhh jangan sebut la..." marah salah seorang ahli...
Begitu takutnya anak-anak kita dengan perkataan hantu hatta hendak menyebut namanya sahaja sudah bisa menggugah keberanian...
Selesai tugasan di pelepasan, penulis bergerak ke CP terakhir dimana anak-anak ini akan dilepaskan melalui satu lorong gelap di belakang sekolah seorang demi seorang dengan mata tertutup (ditutup dengan kain) dan bergerak menuju ke lokasi terakhir hanya dengan berpandukan tali yang dipasangkan di tepi laluan.
Disini penulis dapat melihat pelbagai aksi dan gaya peserta. Ada yang berselawat dengan kuat sepanjang jalan. Ada yang bergerak dengan perlahan kerana keseraman. Ada yang melangkah dengan penuh yakin. Penulis, TG dan PH cuba menyakat dengan mengeluarkan suara-suara aneh. Ada pelajar yang menjerit lalu terjatuh. Ada pelajar yang semakin menguatkan bacaan tasbihnya. Namun tidak kurang juga yang selamba sahaja menghabiskan isra'nya...
Acara ini hanya berakhir selepas jam 2 pagi. Itupun selepas diperintah untuk tidur, masih ada lagi yang membuat bising menyebabkan penulis terpaksa menjengah dan memberi amaran keras. Begitulah kanak-kanak. Apabila diberi peluang untuk bercakap dan sebagainya, amat pasif, tetapi apabila di belakang fasi, merekalah juara berkata-kata.
Subuh .. jam 5.15, penulis telah bergerak untuk membangunkan mereka. Dengan alat bantuan haller, siren yang berbunyi nyaring mampu mengejutkan semua, dengan izin Allah taala jua. Selepas solat Subuh, acara bersama TG untuk bertangis-tangisan. Penulis dan PH kembali ke penginapan untuk menyulam mimpi. Selepas acara bersama TG selesai, peserta dikerahkan untuk ke padang bagi acara kanvas hikmah pimpinan saudara Pegawai Sukan (PS).
Usai kanvas, acara sarapan. KF mengarahkan agar penulis mendenda peserta kerana kebisingan mereka tatkala makan. Denda yang dikenakan bukanlah kepada semua tetapi kepada ketua-ketua kumpulan, penghulu dan timbalan penghulu. Mereka diarah ke tapak perhimpunan sekolah, manakala yang didenda memikul meja berlari mengelilingi perhimpunan mereka...
Acara seterusnya adalah bersama KF. Maka kami mengambil kesempatan ini untuk menyulam mimpi. Kepenatan malam semalam masih belum reda...
Menjelang zuhur, acara bersama KF berakhir. Usai solat dan makan ialah acara bersama PH untuk refleksi. Akhirnya ialah acara penutup yang dirasmikan oleh GB (Guru Besar). Ironinya, sebaik sahaja selepas peserta mendendangkan lagu tema, juru acara majlis, guru di sekolah tersebut, bercakap dengan nada sebak dan terharu. Mungkin terkesan dengan keenakkan lagu serta semangat nyanyian yang ditunjukkan oleh peserta.
Menjelang Asr, kami bergerak pulang.
PENEMUAN:
1. Guru-guru kurang memberikan sokongan. Bukan bererti mereka tidak memberikan layanan atau sebaliknya. Layanan mereka amat tip top. Hampir tiga jamuan disodorkan dengan durian. Mereka juga bertugas mengawal peserta. Namun, dalam acara kembara malam, di base camp, ada guru yang memperlekehkan peserta yang duduk menunggu dalam keadaan mata tertutup dan lampu dipadamkan. Ini menyebabkan peserta hilang mood yang cuba diwujudkan, iaitu agar mereka duduk diam dan bertafakur serta memikirkan mengenai keadaan mereka.
2. KK yang kurang berkesan. Mungkin perlu lebih garang dan cuba terus-terusan mencari kesilapan dan kesalahan perserta juga mengenakan denda yang boleh mendatangkan keinsafan kepada mereka.
3. Slot bertangis-tangisan perlu dijarakkan dengan slot kanvas kerana dilihat agak kurang sesuai selepas menangis terus bersukan dan bergembira.
Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada majlis syura fasi...Wallahu alam.

Ulasan