Sisipan 1 Syawal 1431

Syawal menjelma kembali. Subuh didatangi oleh sejumlah jamaah namun jumlahnya tidak dapat menandingi suasana 1 Ramadhan yang baru sahaja berlalu pergi. Usai solat Subuh, Imam mengadakan tahlil arwah.

Solat sunat eid fitr dihadiri oleh sejumlah ahli qaryah. Namun yang mampu mendengar khutbah tidaklah dapat ditandingi dengan kuantiti yang menghadiri solat. Ianya sedikit menyusut. Adakah kerana isi khutbah yang hambar, atau gaya penyampai khutbah yang memualkan, tidak dapat pula dipastikan. Namun, sebelum khutbah berakhir, hujan agak lebat membasahi bumi. Usai khutbah, tahlil sekali lagi diadakan. Itu merupakan satu perkara yang sudah diadakan sejak turun temurun di surau ini.

Tatkala pulang dari surau, adik ke tiga dari KL telah tiba di rumah bonda. Dia bertolak dari KL jam 5 pagi dan akan pulang semula pada hari yang sama. Sekitar jam 11 pagi, penulis dan keluarga bergerak ke rumah mertua. Acara di rumah mertua ialah makan-makan. Hari raya adalah hari makan-makan dan ketawa...

Usai solat Jumaat, penulis dan keluarga bergerak ke rumah nenda di Kg Baru...nenda kepada isteri. Tiba di sana, acara bermaaf-maafan pun berlangsung sesama keluarga. Itu satu keunikan di sana.

Usai solat Asr, kami bergerak ke kediaman penulis. Pada sebelah malam, adik ipar muncul bersama bakal pasangannya. Kemudian, penulis bergerak ke rumah sahabat lama. Berakhirlah hari raya pertama

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol