Syawal kali ini adalah syawal hantu...

Sejak daripada malam hari raya lagi, peti televisyen yang terletak di suatu sudut di rumah majoriti penduduk Malaysia dihidangkan dengan kisah-kisah seram dan ianya lebih menonjol di siaran televisyen berbayar. Pelbagai kisah seram sama ada dari indonesia mahupun Malaysia cuba disogokkan untuk tatapan para penyambut hari raya. Mungkin tidak ramai yang sempat menonton siaran-siaran di televisyen dek kerana kesibukan melayan tetamu atau kesibukan kita menziarahi sanak saudara. Namun tatkala berbual-bual sambil menikmati juadah, mata sekali sekala mengerling juga ke srin TV apabila timbul adengan-adengan yang agak menarik perhatian.

Penulis sebenarnya agak pelek dengan kecenderungan penerbit televisyen untuk hari raya kali ini. Adakah mereka telah dipengaruhi oleh program hantu lapar yang menjadi tradisi masyarakat Cina yang berkebetulan menyambutnya dalam masa yang sama, lalu menimbulkan ilham adunan 1 Malaysia dan tumbuhkan pepohon filem seumpama ini untuk hidangan Muslim yang sedang hangat menyambut syawal?

Mungkin telah banyak ulasan yang dibuat berkaitan kesan-kesan negatif yang timbul dari filem-filem seumpama ini namun ianya semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dan semakin rancak pula pada hari raya.

Mungkin para penerbit teruja dengan pembebasan jin dan syaitan yang telah dirantai sepanjang Ramadhan lalu cuba menghidangkan kisah-kisah mereka di awal Syawal ini sebagai mengalu-alukan 'pembebasan semula' mereka selepas sebulan 'bercuti' ?

Wallahu alam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol