Program realiti dan kita
Menyebut mengenai rancangan realiti, jika di Malaysia, rancangan yang realiti terhebat yang mungkin pernah dihasilkan dan menjadi sunnah ikutan penerbit lain ialah rancangan AKADEMI FANTASIA (AF) berikut adalah petikan dari sebuah laman web
PROGRAM realiti Akademi Fantasia (AF) bermula pada 2003 dan program hiburan mencungkil bakat-bakat baru anjuran stesen televisyen, Astro itu sememangnya mencetuskan fenomena baru dalam masyarakat.
AF yang diadaptasi daripada sebuah program televisyen dari Mexico iaitu La Academia memperkenalkan konsep yang berbeza dengan pertandingan mencari bakat sebelum ini.
Astro menggunakan pendekatan di mana semua peserta bertuah yang dipilih daripada uji bakat ditempatkan di banglo mewah yang dijadikan kediaman peserta lelaki dan wanita.
Selama sembilan minggu, kesemua peserta akan didedahkan kepada pengetahuan asas untuk menjadi penghibur.
Melangkah ke tahun ketujuh, AF mencipta sejarahnya tersendiri apabila buat pertama kali melantik wanita untuk menerajui akademi iaitu Datin Seri Tiara Jacquelina.
Sejak awal pengenalannya, penonton mempunyai kuasa besar dalam menentukan siapa yang akan tersingkir atau menjadi juara menerusi undian sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).
“Tanggungjawab di tangan anda. Undi anda yang menentukan siapa yang kekal. Hantarkan AFUNDI (kod penghantaran sistem pesanan pendek atau SMS) anda.”
Itu merupakan antara skrip yang sering digunakan oleh pengacara AF dalam usaha ‘merayu’ penonton agar memilih pelajar yang difikirkan layak untuk meneruskan saingan saban minggu.
Kaedah pengundian menerusi SMS seperti dilakukan oleh Astro boleh dikatakan sebagai yang pertama seumpamanya dalam dunia komunikasi dan multimedia Malaysia.
Telah ramai remaja bahkan bekas remaja yang tergila-gila untuk menyertainya. Telah banyak wang ringgit yang habis gara-gara terlibat untuk AFUNDI.
Kemudian timbullah pelbagai rancangan realiti lain seperti MENTOR, Sehati berdansa , Malaysian Idol,gadis melayu, dan banyak lagi yang cuba mencuri hati penonton, bahkan cuba mempengaruhi remaja agar menyertainya dengan janji muluk hadiah lumayan serta peluang menempa keglamoran, kemewahan dan prestij, serta mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan artis, seniman dan seniwati nugare... Bahkan kanak-kanak kecil yang baru mengenal usia baligh juga diseret dalam program realiti idola kecil.
Maka muncul pula muttakhir ini golongan agama yang cuba menampilkan program realiti alternatif seperti akademik nasyid (kini telah berkubur), akademik al quran dan imam muda serta satu program realiti kanak-kanak yang disiarkan di TV1. Namun kemunculan program realiti ala agama ini agak kurang proses pemasarannya, tidak seperti AF yang hampir setiap hari pasti lagu mereka berkumandang di corong-corong radio, manakala video klip mereka pasti akan ditayangkan di kaca-kaca tv hatta kanak-kanak yang baru setahun dua juga sudah boleh menyanyikan lagu-lagu mereka, rancangan realiti berasaskan agama kurang diberi tempat yang sewajarnya dalam media utama negara.
Mungkin masyarakat perlu juga berterima kasih kepada pengasas AF kerana telah berjaya membuka mata hati para alim ulama untuk menyediakan rancangan realiti berbau agama. Cuba kita bayangkan rancangan AF tidak pernah dibuat di negara ini. Mana mungkin golongan agama ini akan terfikir untuk menerbitkan rancangan imam muda, misalnya jika tiada inspirasi dan hentaman dalaman yang kuat untuk menyaingi rancangan realiti lain yang lebih mementingkan maksiat semata-mata.
Walaupun sebenarnya jika tiada rancangan realiti sekalipun, ianya adalah lebih baik. Namun dengan percikan api realiti inilah yang mendatangkan mmomentum untuk menguruskannya dengan dengan lebih baik.
Memang negara kita kaya dengan para penciplak. Bahkan rancangan realiti berlatar belakangkan hendonisme ini juga diambil dari barat, yang merupakan guru kepada acara dan program yang berjaya mengheret manusia agar setidak-tidaknya menjadi pengikut syaitan, kalau tidak menyembahnya sekalipun. Kita mungkin pernah ingat dengan rancangan realiti mencari cinta yang diadaptasi dari rancangan The Bacheloret... Namun hanya berjaya dalam satu bahagian siaran sahaja tanpa ada siri ke dua..Begitu juga rancangan explore race yang kelihatan juga sudah ditalkinkan tanpa nesan..
Namun rancangan yang baik seperti The Apprentice yang terkenal dengan slogan "You're fired.." tidak pula berani ditiru oleh masyarakat bertamaddun Malaysia ini. Mungkin tiada syarikat yang berani menaja rancangan sedemikian rupa yang memerlukan kos yang sangat tinggi.
Kita tidak menafikan ada juga rancangan yang bermanfaat seperti Top Host....namun ianya jarang kita temui.
Adalah amat malang apabila kampus universiti sendiri terlibat dalam penganjuran program realiti seumpama ini. Atas nama untuk menyediakan pelajar serba boleh, sepatutnya program yang menyumbang kepada kerosakan akhlak perlu dikekang lebih awal. Apalah ertinya program realiti jika hanya mampu menghasilkan penyanyi...negara kita sudah terlalu ramai artis, tetapi kita masih ketandusan ulama yang berani menegakkan kebenaran. Itulah individu yang perlu kita hasilkan segera dari proram realiti yang mengharumkan nama agama, bukan program realiti yang membusukkan lagi maruah anak bangsa!!
Ulasan