2 syawal

Perancangan 2 syawal ialah bergerak ke BP sebagaimana lazimnya. Namun sekitar jam 12, masih belum bergerak. Ada pula tetamu yang hendak muncul. Ziarah dahulu Tok Mat di hadapan rumah. Beliau merupakan sahabat kepada arwah atuk. Antara orang lama yang berada di permukiman ini. Bercerita mengenai para penyewa yang berperangai pelik.

Bapa saudara isteri juga muncul selepas zuhur. Maka kami hanya dapat bergerak sekitar jam 3 petang. Namun kesesakan lalulintas bermula dari Manong dan berakhir di Ayer Hitam amat mencabar kesabaran. Hampir sejam kami terperangkap. Akhirnya berhenti untuk solat Asr di Jamek Sultan Ibrahim.

Tiba di rumah bapa saudara di Kg Tambak sekitar jam 5.30 petang. Sungguh ramai yang ada. Namun tatkala kami tiba, kesemua tetamu beransur pulang. Kami bergerak ke Pt Ibrahim dan tiba tatkala Maghrib. Solat di jamek dan bergerak ke rumah yang dituju namun hampa, tiada sesiapa di sana.

Perjalanan diteruskan ke rumah tok arif yang merupakan adik bungsu arwah nyai (nenek) sebelah ayah. Alhamdulilla beliau ada di rumah. Selesai di sana, kami bergerak pula ke bandar T6 ke rumah bapa saudara isteri. Ada beberapa jenis makanan yang dihidangkan...

Tiba di rumah, ibu saudara dari KL telah tiba dan menunggu kami...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol